• Home
  • About Me
  • International Destination
    • Shanghai
    • Cambodia
    • Huahin
    • Bali
    • Songkran 2019
  • Shopping
    • Bag Rotan bali
instagram Email

nanogocuti

hua hin railway station
Hua Hin Railway station

Tips bercuti ke Hua Hin 2019

Bila sebut je Hua Hin, mesti ramai orang yang tak tahu lagi. Sejak Airasia buka route kesana barulah kita nak tengok ada apa dengan Hua Hin ni selain Bangkok, Krabi, Phuket, Hatyai, Chiang Rai dan tempat yang terkenal di Thailand ni. Hua Hin bagi saya personally adalah satu tempat pantai/bandar yang kecil dan masih belum banyak lagi pelancong. 

So apa kata jom kita explore sini pulak memandangkan airasia dah bukak route untuk kesana. Jom baca beberapa tips dari saya untuk bercuti ke Hua hin.


1. Berapa hari yang perlu kesana?

For me, untuk cover semua tempat di Hua hin dalam masa 3 hari je cukup. Kalau rasa nak buat trip relax relax tak kejar masa 4 hari pun dah okay. Tak perlu lama sangat sebab nanti mati kutu tak tau nak buat apa dah. hihihi

2. Tiket Flight 

Sejak Airasia buka route ke Hua Hin ni barulah kita kerap dengar tentang tempat ni. Sebelum ni kalau nak ke sana biasanya orang akan drive atau travel dengan train. Bila route Hua Hin dah buka ni, mesti lah makin senang and ramai la orang dari luar negara akan explore Hua Hin. Betul tak? Flight ke Hua Hin dari KL tak banyak. Hanya ada pada hari tertentu je. Untuk perjalanan saya kesana tiket RM250 seorang (return) without check in luggage. Tapi boleh dapat lagi murah dari ni, ni pun macam mahal sikit sebab saya beli last minute.

2. Hotel/Airbnb

Untuk penginapan saya sarankan book hotel yang berdekatan dengan town or  around cicada market. Memandangkan Hua Hin baru sahaja dibuka sebagai tempat pelancongan, so tak banyak sangat pelancong pun lagi sebenarnya. Kebanyakan tempat agak lengang dan tak rasa crowded macam tempat pelancongan yang lain. So senang la nak ambik gambar bila orang tak ramai. Untuk mengelakkan suasana boring dan sunyi itu, boleh la book hotel in town area. Price range hotel untuk 4 hari di sana dalam RM300-RM600. 

NORNDEE HOTEL *HIGHLY RECOMMENDED*

3. Transport

Di Hua Hin, perjalanan dari kawasan bandar ke tempat untuk dilawati boleh memakan masa sehingga sejam menaiki motor/kereta. Selain dari menyewa kereta/motor, servis Grab pun dah ada kat sini. Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing nak pilih cara untuk commute. Kalau untuk tempat yang dekat boleh jugak naik tuktuk. Bagi sewa kereta bajet sehari dalam 1300baht, dan untuk sewa motor pula 250baht sehari, Grab macam biasa lah ikut distance (KM)

4. Tempat yang boleh dilawati

Macam saya cakap, Hua Hin ni baru sahaja dibuka sebagai tempat perlancongan. Cumanya, banyak tempat diorang tiru tempat yg popular kat luar negara untuk menarik pelancong, bukan tempat semulajadi kat sana. Faham tak? hahaha dah pergi nanti faham lah tu. So antara tempat yang boleh dijadikan tempat rare/wajib dilawati kat sana contohnya: 
  • Santorini park
  • The Venezia
  • Swiss Sheep Farm
  • Plearwarn
  • Camel
  • Sam Pham Nam floating market
  • Phraya noklon cave

5. Makanan

Apa yang kita tahu, Thailand memang heaven dengan makanan dorang. So di Hua Hin pun boleh jumpa macam macam jenis thai food. Bagi saya tempat yang wajib untuk korang pergi untuk makan best best:


cicada market
CICADA MARKET
  • Cicada market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - tempat dia cam night market (shopping) and kedai makan macam2 ada (makan kat sini gunakan konsep beli kupon) Kat sini jugak boleh lepak layan live band & amphitheater.
tamarind market
TAMARIND MARKET
  • Tamarind market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - Ala ala cam TAPAK URBAN depan KLCC, sangat2 recommended siapa yang nak chill and makan sampai puas. Bersebalahan cicada market, cuma jalan kedepan sikit dalam tak sampai 5 minit. 

6. Banyak cafe yang menarik untuk lepak (kaki coffee)

Bagi yang hantu minum coffee, kat sana memang best. Kedai disana banyak ambience cam ala ala "hipster" sikit, memang best and teruja. Belambak kedai yang boleh kita lepak nak chill borak dengan kawan2. MUST-TRY
  • Seenspace 
  • The skoop beach
  • Sunset viewpoint 
  • Eureka beach cafe 
SKOOP BEACH CAFE

SEENSPACE


Dari apa yang saya kongsikan ni, korang boleh la rancang perjalanan korang ke sana, not bad for lifetime experience. Kalau nak repeat tu bagi saya tak kut, cukup hanya sekali jee merasa untuk tau ada apa di Hua hin ni. So selamat bercuti :)
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Bercuti ke Shanghai 2018, China (5D4N)

Date : 2 November 2018 - 7 November 2018 (i bought on January 2018)
Kata 5 hari kenapa tgk date macam 6 Hari, Haa can read next post :)
Weather : Autumn. So a bit cold (average : 10c-21c)
Total lost : RM1090 

cuaca di shanghai
weather in shanghai, china
autumn in shanghai
Autumn in Shanghai

First thing to know?

Benda WAJIB kena fikir before FLY to Shanghai of course la flight ticket and location hotel. I prefer stay at People square or East Nanjing road. Even hotel a bit pricey but you can save more at transportation at there. Yes! you can save A LOT. 

Air Asia Flight ticket (in 2018) : RM432 return
Hotel / Airbnb : RM535/2 = RM267.50
Visa : RM100
Total : RM799.50

Ok, all this is the wajib thing you kena ada before go to another step. Haa masa saya pergi ke shanghai hanya berdua sahaja. So if you are planning to go with ramai orang, so mestilah its more cheaper right (cheap for hotel jelar 😂)

After dah settle bayar all this, we go to another budget


Another budget? Apa tu?

Selepas berhempas pulas kerja, boleh la stanby for next budget pulak. Mesti nak tahu berapa kena spend kan? Lain la jenis yang nak main redah je tak kesah harga berapa. So you can skip this info

Transportation (by train) : 70 yuan / RM42.30
Foods : 170yuan / RM102.70
Entrance ticket : 30yuan / RM18
Simcard / Pocket Wifi : 200yuan / RM121
Total : RM284

OK, dah ada budget ni semua korang dah boleh get ready nak fly to shanghai dengan senang hati dah. yeayyyy.

ALL READY. Enough?

After all the budget yang i list ni dah ada and you think you can effort to get all the money regarding of my budget. You boleh dah la plan and keep searching the cheapest flight ticket to shanghai. Yang dah ada ticket tu, after read this you just can sit and relax tunggu date nak fly je. hahahah Tapi kalau rasa cam takut takut je dengan budget saya bagi ni, you just put some extra money mana la tau terOVER budget ke kan? (Saya selalu je camni bila travel. LOL)

Hope its would encourage you and help you a little bit about shanghai

TOTAL

Budget 1st (RM799.50)+ Budget 2nd (RM284) = RM1083.50

So how? murah ke mahal? So after ni, boleh lah you nak plan and ambil this budget for your reference. I'm just sharing on how i travel to shanghai. But ini just apa yang penting. Untuk yang lain lain, itu atas nafsu sendiri. #sharingiscaring Kalau nak tau experience saya ke sana meh baca ni 

xoxo,
nano noordin

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

bercuti ke cambodia

Cambodia

Cakap je pasal negara CAMBODIA, mesti orang akan tanya seronok ke? ada apa kat sana? tak panas ke? Actually, sama je cambodia macam negara asia yang lain, cumanya dorang negara baru nak bangun. Currency kat cambodia pakai USD yer kawan2, still lagi pakai currency negara lain sebab currency dorang masih rendah and tidak laku di mana2 money changer or negara lain, hanya laku di negara dorang je. Kesian kan? Tapi skrg dorang pelan pelan majukan negara dorang tau, skrg dah ada macam macam kat sana, yang penting shopping murahhhhhh :) siap ada factory outlet lagi. So apa kata korang spend cuti korang kat cambodia pulak.


Phnom Penh vs Siem Reap

Sana korang boleh pergi antara Phnom Penh or Siem Reap. Dua dua tempat ada ciri yg berbeza, dua tempat ni wajib pergi. So korang boleh plan dari KL-Phnom Penh dulu ke, then baru pg siem reap, baru lah balik KL. For personally review





  • Phnom penh : more to city, kira bandar "KL" dorang lah, banyak tempat shopping barang branded (ada factory outlet), central market yang sangat besar, museum tuol sleng, and tempat chill yang best


  • Siem reap : situ more to suasana kampung sikit (agak debu) feeling cam kat kampung/pantai sikit. Kalau nak ke Angkor Watt di siem reap la. Siem reap banyak kedai HALAL kat sna, ada pub street, angkor wat, floating market. Boleh melawat rumah atas tasik dorang (kira floating house la ) So kalau nak tanya experience, dua dua best dengan suasana yang berbeza


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

bag rotan bali

Bila sebut je BALI, mesti semua gadis2 terfikir dah #bagrotanbali ni. Sekarang tgh trend kan? Siapa takda rasa cam loser lak kan? Ok joking je😛 



bag rotan bali, hexagon bag rotan bali


BAG ROTAN BALI
 

Bag rotan bali, ni memang original handmade ok. Dibuat dari original rotan, proses dia i tak pasti sgt tapi apa yang i tau dia akan bakar untuk beberapa jam bagi ketahan rotan tu. Tapi ada je yang buat bag ni tiruan sekarang dah tahun 2019 kan? so faham2 la semua dah tiru. Tali pun ada yang jual leather and PVC then dorang claim as leather (so jaga jaga ye) Korang kena pandai tengok je actually or pilih dengan bijak. Bag ni pun ada banyak warna, contohnya brown, light brown, white, black, yellow, purple and byk lagi. Kalau brown and light brown memang dia pure rotan tapi kalau yang berwarna ni dia plastic. Haaa kena pandai tanya jugak yeeee 😀

Kenapa ada beza Plastic and Rotan? Bukan bag rotan?


Soalan yang sama i tanya, dorang jawab "Ada ke rotan yang berwarna dik? Kalau ada pun, confirm cepat tertanggal warna tu pada rotan tu, sebab tu kami pakei plastic" Sis terus gelak malu jeee. So korang pun boleh fikir sendiri lah yee. hehehhe

PVC vs Leather?


PVC : Tak tahan lasak, warna seakan oren sikit. Kalau tengok dengan teliti dia cam plastic. PVC ni cepat putus kalau kita kerap pakai, tersadung ke. Kalau kita tak kerap pakai pun kita duk tergantung je kat almari tu pun dia kan terhakis and berbulu, lama-lama dia akan terputus. (sure ada pengalaman kan?)
Leather : 100% pure leather, warna more to coklat. Kalau tengok betul dia ada one side yang berbulu (bukan berbulu rosak, tapi bulu leather tu) Tahan lama, tak mudah putus, tak terbakar, tak tertukar warna.

instagram bag rotan bali

Instagram :@nanojual

Ok pada yang nak beli, or masih tercari cari mana nak beli bag ni. Or susah la nak pergi sampai Bali sana semata nak beli bag ni. Faham ada je adik adik yang nak pakai bag viral ni tapi takkan nak pergi sana pulak kan? So boleh la visit instagram ni : @nanojual (#bagrotanbalibynanojual) Murah je berbaloi dengan harga and quality. Dan yang paling penting READY STOCK. So sebelum dia habis and tetiba kena pre order ke apa. Baik korang visit IG ni cepat or just Drop your Whatapps at : +6012 621 5277



birthday gift ideas

birthday gift ideas

Haa Good News to those yang nak surprisekan someone tu (Birthday Gift, Anniversarry gift, Friendship gift), tak tau nak bagi apa untuk special day kawan2, awek, or mak korang ke. Dorang ada buat pakej tu, uols just give date, address, ang bag apa nak surprisekan tu. Nanti dorang akan pack macam gambar ni then deliver to your special one. Best kan?? Asyik bagi bunga, coklat, cake jee so jom surprisekan camni pulak, coolkan? baru rare and happy extra sikit  😇 (itupun kalau kawan korang xda lagi la bag ni? hehehe cuma korang jee yang terlambat nampak page IG ni😆)

Happy Shopping Gais 💘

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Shanghai, Zhujiojiao

Pengalaman di Shanghai

Good Memories 👍

  • Town was clean and awesome (nice architecture, looks like France)
  • Halal food can easily get when you travel there (mee tarik)
  • Price/ Belanja at shanghai OK, tak semahal HONG KONG murah sikit
  • Metro line was easy to understand, (boleh install apps SH Metro dah boleh menyenangkan perjalanan anda 😆)
  • Ticket train sangat la murah! Train from Airport to town pon baru 7yuan so dalam RM4.50 jewww
  • Banyak milk tea and pearl (ala Chatime or Tealive) hehehe sis suka kat kedai "Hey Juice"
  • Sana dorang pakai motor eletric, so tak memerlukan petrol. Katanya untuk mengelakkan ada peragut disana. Its quite good :) Tapi jgn lupa tgk kiri kanan sebab motor takda bunyi 😂

Bad Memories 👎

  • Toilet tak payah cakap lah (banyak ketul2) BUSUK and Kotor *tlg bawa botol*
  • Shanghai people ada yang no manners, so kena banyak bersabar, banyak mengucap
  • Majority of them cannot speak english, rasanya boleh cakap only one word "ONE" so susah nak communicate.

OVERALL👌

  • Shanghai still AWESOME, a MUST-HAVE-EXPERIENCE place

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

tuk tuk

Tuk tuk di Cambodia

To those yang plan nak travel to cambodia tu, kat sana semestinya korang akan naik tuk-tuk je supaya mudah korang nak bergerak kesana kesini dengan cuaca panas litlit tu 😀Tuk-tuk memang kenderaan utama disana selain motordop (taxi motor), beca and taxi. Before ni kalau travel kesana memang korang akan tahan je memana driver tuk-tuk and bargain harga, normally dorang akan caj per ride USD2 to USD6 depend jauh mana destinasi korang (price per tuk-tuk so tak kesah berapa orang janji muat je 😅) nak ikutkan memang ah murah tapi kalau kita convert mahai lah jugak kan? Sebab per way kan, kalau return mau dah kena RM25.

But now, dengan negara depa yang semakin maju sekarang ni, korang boleh ah saving sikit and takda ah sakit dengan harga tuk-tuk yang dulu sebabnya sekarang dah ada PASSAPP. Apa itu PASSAPP? PassApps ni sebijik je macam GRABCAR tapi ini untuk tuk-tuk. Bestkan? Bukan setakat mudah nak guna, korang senang nak keep track betul ke tempat yang dituju (kira safe la), pin je tempat nak pergi and harga dah boleh tahu terus sgt2 lah murah kira puas hati la sikit. Starting price dia from 3000 riel. Kalau 3000 riel ni dalam USD0.75 je, so duit malaysia dalam RM3.10 selalunya per ride tak lari pun dalam 3000riel to 5000riel. So jangan malas and berlagak yer untuk pakai apps ni, nak sign in pon senang je pakai google account. Kalau rasa diri tu tak kesah dengan harga abang2 tuk-tuk (masih ada yang tak pakai apps) korang belasah jee. I just share sbb kat sana i memang sentiasa naik tuk-tuk


tuk tuk cambodia
Just download this app at Google Store or Apple store


Money in Cambodia

Oh yaaa, sana memang pakai USD pun, tapi jgn pelik lak tetibe RIEL. Riel memang officially matawang negara cambodia pun, cumanya disebabkan matawang dorang sgt la rendah and tak laku, dorang "pinjam" matawang orang USD. But then riel still ada je but as their coin. So meh hafal siap2 

Money in Cambodia
RIEL (Cambodia Money)

Money in Cambodia
USD (Main Currency in Cambodia)

example :
USD0.25 =1000 riel
USD1 = 4000riel
USD1.25 = 5000riel
USD2.50 =10000riel
USD5 = 20000riel


Jangan nanti sampai sana blur blur la nak kira

ps: Nanti dah smpai airport sana boleh la terus pakai apps ni then cuba bandingkan harga dengan abang tuk-tuk di tepian tu. Hope dapat membantu 💕


xoxo,
nanonoordin

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


apa itu bigpay?

BIGPAY

Satu kad atau apps yang sangat lah mudah untuk kita shopping dengan semudah ABC. Bigpay ni macam e-wallet, kita perlu topup dari credit card, debit card atau online banking. So kira mudah lah untuk kita "shopping" dalam negara atau pun luar negara

KELEBIHAN BIGPAY


Banyak kelebihan kalau kita sign up bigpay ni dan semestinya tak merugikan pun. Kalau korang yang kaki travel, tambak pulak memang focus flight kat AirAsia je, lagi sgt sgt berbaloi.
  1. ZERO processing fee for AirAsia flight bookings (can save more than RM16)
  2. Exclusive access to AirAsia sales
  3. Can earn more BIG Points
  4. Ia boleh juga withdraw di mana mana ATM machines
  5. Boleh digunakan di oversea (tak perlu nak tukar duit more safety)
SOOOOO apa lagi jom

Sign up and download app now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

logo bigpay

My referral code: 👇

XIRTLMAJHX
http://bigpay.link/referrals

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

About Me

Hi, i am Nana Noordin, the author of this blog. I was born and raised in Kuala Lumpur. A graphic deisgner in KL. Who love to design anythings and love travelling. The one who never hesitate that inspirations come from every single things around her. I believe that the way to inspire others is to share what we have experienced. Since ever i made this blog, i discovered that my passion is not only for travelling and designing but also sharing

Who encourage me to write this blog?

At first, saya selalu cakap "Ala malas la, tak reti nak karang dalam blog. I is MALAS" then one of my friend told me "Ala nana, just tulis macam mana kau explain ni, senang sikit orang baca je then nanti dah tua boleh tengok balik" and from that i like betul juga. So i take my time to write this blog and yes. TADAAAAA :)

What you can find from this blog?

Of course my travelling experience, totally how my way if i travel, tips and trick about travelling or anything, and hmm ok my daily life (kalau rajin). From here i hope my blog would help and encourage you to travel.

My Travel style

Okay i nak bagitau, i bukan lah full-time traveler tau. Still working from 9-6, still nak kena earn money (for travel, family, myself), still kena saving. Memang teringin nak buat fulltime seronok sikit but i rasa passion i bukan saja travel but also designing. Ok back to my travel style; I just travel if i think i can effort. I travel ikut budget sendiri,. Tempat yang i rasa worth it melawat or worth it for bergambar, price sometime i langgar and sometime i berkira (most of the time all out jew), always pakai term "just get lost" (no specific road/maps), buat itinerary but always ikut suka bila sampai sana, kalau boleh nak try something yang adventure sikit (buggy,flying fox,water rafting and etc) and i pelik sikit kalau boleh nak pergi tempat yang i tak pernah pergi lagi (then baru lahh nak REPEAT ke apa)

My sosical media

Instagram : @nanogocuti / @nananonoordin
My travel hashtag : #nanogocuti

Contact me

I am extrovert, i really like to make new friends, for anyone want to say HI so just send me an email to : nano.noordin@gmail.com

xoxo,
nano noordin

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts

About me

About MeHi, I'm Nana
Graphic Designer cum Traveller
Traveller cum Blogger
#nanogocuti

instagram : @nanogocuti
email :nano.noordin@gmail.com



Follow Us

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

recent posts

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  February 2022 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  February 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ▼  2019 (13)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  February 2019 (2)
    • ▼  January 2019 (8)
      • Trip 2019 : Tips ke Hua Hin, Thailand
      • Trip 2018 : Bercuti ke Shanghai 2018
      • Trip 2018 : Bercuti ke Cambodia - Phnom Penh vs Si...
      • Bag rotan bali by nanojual
      • Pengalaman di Shanghai 2018
      • Tuk Tuk di Cambodia
      • Apa itu BigPay?
      • Hello

My views

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates