bercuti ke hua hinhua hin 2019makanan di hua hintempat wajin untuk dilawati di hua hintiket ke hua hintips ke hua hintransport di hua hin
Trip 2019 : Tips ke Hua Hin, Thailand
Hua Hin Railway station |
Tips bercuti ke Hua Hin 2019
Bila sebut je Hua Hin, mesti ramai orang yang tak tahu lagi. Sejak Airasia buka route kesana barulah kita nak tengok ada apa dengan Hua Hin ni selain Bangkok, Krabi, Phuket, Hatyai, Chiang Rai dan tempat yang terkenal di Thailand ni. Hua Hin bagi saya personally adalah satu tempat pantai/bandar yang kecil dan masih belum banyak lagi pelancong.So apa kata jom kita explore sini pulak memandangkan airasia dah bukak route untuk kesana. Jom baca beberapa tips dari saya untuk bercuti ke Hua hin.
1. Berapa hari yang perlu kesana?
For me, untuk cover semua tempat di Hua hin dalam masa 3 hari je cukup. Kalau rasa nak buat trip relax relax tak kejar masa 4 hari pun dah okay. Tak perlu lama sangat sebab nanti mati kutu tak tau nak buat apa dah. hihihi
2. Tiket Flight
Sejak Airasia buka route ke Hua Hin ni barulah kita kerap dengar tentang tempat ni. Sebelum ni kalau nak ke sana biasanya orang akan drive atau travel dengan train. Bila route Hua Hin dah buka ni, mesti lah makin senang and ramai la orang dari luar negara akan explore Hua Hin. Betul tak? Flight ke Hua Hin dari KL tak banyak. Hanya ada pada hari tertentu je. Untuk perjalanan saya kesana tiket RM250 seorang (return) without check in luggage. Tapi boleh dapat lagi murah dari ni, ni pun macam mahal sikit sebab saya beli last minute.
2. Hotel/Airbnb
Untuk penginapan saya sarankan book hotel yang berdekatan dengan town or around cicada market. Memandangkan Hua Hin baru sahaja dibuka sebagai tempat pelancongan, so tak banyak sangat pelancong pun lagi sebenarnya. Kebanyakan tempat agak lengang dan tak rasa crowded macam tempat pelancongan yang lain. So senang la nak ambik gambar bila orang tak ramai. Untuk mengelakkan suasana boring dan sunyi itu, boleh la book hotel in town area. Price range hotel untuk 4 hari di sana dalam RM300-RM600.
NORNDEE HOTEL *HIGHLY RECOMMENDED* |
3. Transport
Di Hua Hin, perjalanan dari kawasan bandar ke tempat untuk dilawati boleh memakan masa sehingga sejam menaiki motor/kereta. Selain dari menyewa kereta/motor, servis Grab pun dah ada kat sini. Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing nak pilih cara untuk commute. Kalau untuk tempat yang dekat boleh jugak naik tuktuk. Bagi sewa kereta bajet sehari dalam 1300baht, dan untuk sewa motor pula 250baht sehari, Grab macam biasa lah ikut distance (KM)
4. Tempat yang boleh dilawati
Macam saya cakap, Hua Hin ni baru sahaja dibuka sebagai tempat perlancongan. Cumanya, banyak tempat diorang tiru tempat yg popular kat luar negara untuk menarik pelancong, bukan tempat semulajadi kat sana. Faham tak? hahaha dah pergi nanti faham lah tu. So antara tempat yang boleh dijadikan tempat rare/wajib dilawati kat sana contohnya:- Santorini park
- The Venezia
- Swiss Sheep Farm
- Plearwarn
- Camel
- Sam Pham Nam floating market
- Phraya noklon cave
5. Makanan
Apa yang kita tahu, Thailand memang heaven dengan makanan dorang. So di Hua Hin pun boleh jumpa macam macam jenis thai food. Bagi saya tempat yang wajib untuk korang pergi untuk makan best best:
CICADA MARKET |
- Cicada market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - tempat dia cam night market (shopping) and kedai makan macam2 ada (makan kat sini gunakan konsep beli kupon) Kat sini jugak boleh lepak layan live band & amphitheater.
TAMARIND MARKET |
- Tamarind market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - Ala ala cam TAPAK URBAN depan KLCC, sangat2 recommended siapa yang nak chill and makan sampai puas. Bersebalahan cicada market, cuma jalan kedepan sikit dalam tak sampai 5 minit.
6. Banyak cafe yang menarik untuk lepak (kaki coffee)
Bagi yang hantu minum coffee, kat sana memang best. Kedai disana banyak ambience cam ala ala "hipster" sikit, memang best and teruja. Belambak kedai yang boleh kita lepak nak chill borak dengan kawan2. MUST-TRY
- Seenspace
- The skoop beach
- Sunset viewpoint
- Eureka beach cafe
SKOOP BEACH CAFE |
SEENSPACE |
Dari apa yang saya kongsikan ni, korang boleh la rancang perjalanan korang ke sana, not bad for lifetime experience. Kalau nak repeat tu bagi saya tak kut, cukup hanya sekali jee merasa untuk tau ada apa di Hua hin ni. So selamat bercuti :)
4 comments
overall best ke tak sis?
ReplyDelete3/5 laaa, sebab tempat baru lagi
DeleteKEHALALAN MAKANAN MCM MANA PULAK...RAMAI KE RESTORAN MUSLIM KT SANA MCM HATYAI..
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=CdynsrU4ZpM
ReplyDeletecicada night show. saya pergi tahun lepas.