So post tuk hari ketiga saya tak nak focus sgt, ikut kan takda tips tambahan pon dari saya tuk lokasi hari ketiga ni, cuma post kalini saya nak share perjalanan ke arah west yang sangat bahaya (seperti yang korang dah dgr dari kawan or blog lain) Bertapa teruknya jalan sampai kita tertanya macam mana, kan? (Bagi yang pertama kali kesana la) so dengan post saya kalini dapatla membantu serba sikit plan korang ke sana so boleh la decide nak sewa motor je ke or upah supir nanti.
Ikutkan yang tak biasa tu, jalan untuk day 1 bagi kami memang teruk dah pun tapi boleh la nak get ready and berhati hati lagi sebab jalan kat malaysia pon ada je jalan camtu (jalan tak siap, lubang2 macam jalan nak masuk hutan) Tapi untuk jalan hari kedua ni or ke arah west ni agak extreme, bahaya! Sebab kami punyala berhati hati pon and doa banyak supaya selamat tak jadi pape (jatuh/excident) pon still jatuh motor tapi nasib baik time nak balik ke Toko Payeh dah. So lets read hahahaha
Ok hari kedua kami ke Kelingking Beach, Paluang Cliff, Angle Billabong and Broken Beach (yang worth it tuk berinstagram 😂) sahaja itupun ngam2 untuk separuh hari pukul 12/1 dah sampai di Toko Payeh. (Kami gerak kul 9pagi) Perjalanan kami awalnya ok tenang, jalan raya masih baru and view ke arah west ni more to perkampungan sikit. So Jalan pergi dari Toko Payeh ke Kelingking Beach agak baik awal tu (30minit pertama and total sejam gak untuk sampai) dan waktu nak smpai tu, jalan dah teruk debu teruk gila sebab dia hanya pasir saja bukan jalan tar (kalau hujan maybe ok la sikit) so agak bahaya! Tayar motor boleh tergelincir kalau takleh handle jalan ada naik/turun bukit dan jalan tu jugak banyak kereta lalu (kira jem sbb semua nak bawak slow and hati2) kalau moto mesti nak potong kereta2 tu lagi (kereta tu semua supir yang bawak pelancung tu) kira semua yang lalu memang nak tuju ke Kelinking Beach so sila hati2 disitu.
JALAN KE ARAH WEST |
KERETA DAN MOTOR NAK KE ARAH WEST |
Note : Kelinking Beach dan Paluang Cliff adalah tempat yang sama. Parking pon yang sama (5,000IDR) cuma perlu jalan kaki sikit je dalam 5min-10min. Angle Billabong dan Broken Beach pon tempat yang sama. Bila masuk tu akan jumpa Angle Billabong di sebelah kanan, dan untuk ke broken beach perlu jalan ke kebelakang lagi tapi arah kiri. Broken beach ni macam tersorok sikit tapi if nampak orang keluar masuk arah hutan/batu tu follow je.
Perjalanan dari Kelingking ke Angle Billabong lebih kurang cam saya cite kat atas ni dan bila nak smpai tu perlu naik bukit yang tajam sikit je dan bukit tu bukan jalan Tar tapi bukit yang pasir/berdebu. So sila hati2 lagi disini.
So mana jalan yang teruk? Kat mana kami jatuh?
Haaa yang teruk yang boleh kami jatuh tu adalah perjalanan pulang ke Toko Payeh setelah selesai semuanya. Punya la Malang tak berbau kami bila lalu satu jalan ni yang dikatakan “one way” tuk balik dan jalan tu bagi saya la sebenarnya tak siap! Dorang still under construction tapi time kami lalu takda sape pulak yang kerja kira takda orang lgsg la. Di sebabkan jalan macam tak siap banyak pasir (ada timbunan kat tepi jalan and batu kecil maybe untuk nak buat tar) so time nak turun bukit kami dah habis main break pun boleh tergelincir sebab tayar licin sgt. Nasib baik sy sempat tahan kaki n loncat terus so takda serious cuma penuh pasir la sbb terduduk tapi kawan saya kira terseret sekali dgn motor and lutut dia lebam sebab terhempap dengan motor. so sad.... 😒 Then bila jalan depan sikit ada pulak bukit yang tinggi dan jalan tu penuh dengan pasir jugak, bayangkan macam mana kami nak naik, so redho press je moto then apa lagi tayar kami tengelam dengan timbunan pasir yang tebal tu dan kami jatuh lagi sekali. Masa ni motor kami tersangkut dan kami try push motor sambil press pon tak bergerak, lagi la tayar kami makin tergelam, time tu dah cuak dengan nak kejar masanya, dengan sakit kakinya, badan penuh pasir dan time tu memang nasib baik kami ada dua motor kebetulan lalu situ kira memang luck la. Tapi masa dorang lalu pon moto dorang pon stuck xleh naik, tapi kuasa laki dorang dapat lepas tolak sampai atas, masa tu kami harap la dorang tlg kami, hehehe Nasib baik dorang baik gila masing2 tolak lepaskan motor kami naik ke atas sbb tayar motor kami dah habis masuk ke dalam (sebab duk press jee hihihi) so 4 lelaki tu (orang indon) boleh la angkat motor kami sampai atas. Then lepas settle and sampai je atas dorang suruh kami jalan dulu, dorang follow belakang takut ada stuck lagi ke apa (baik gila wehhh). Nasib baik la ada yang lalu situ time tu kalau tak mati la kami. (FYI, lepas kami settle tolak n smpai atas bukit tu, ada kereta pulak nak lalu, but dorang sangkut tapi tak tau la apa jadi sebab kami dah gerak ke depan) But then after tragedi kat jalan tu Alhamdulillah dah ok dah and jalan pon makin better sampai la kami tiba di Toko Payeh, nasib baik la kami sempat sampai sebelum boat kami nak pulang ke jeti nusa lembongan tu. Overall Alhamdulillah dan Terima kasih abg bali sebab tolong kami, kami sgt hargai 😂
Note : Tapi bukan jalan yang ni yang kami sangkut dan jatuh, lagi teruk dari ni dah bukit tu ajak tinggi, saya tak sempat ambil gambar, ini jalan selepas kami jatuh but alhamdulilah boleh kawan
INI LAH JALAN YANG TAK SIAP |
JALAN YANG PENUH PASIR DAN BATU KECIL |
JATUH MOTOR HAHAHAHA |
TERFIKIR NASIB KE TU? |
JETTY TOKO PAYEH |
Jadi inilah peristiwa dan pengalaman kami untuk ke arah West yang saya nak kongsikan, so korang boleh la rancang and hati hati ketika lalu situ. Harap sekarang ni jalan tu dah siap so boleh la tourist lain takda risau ke apa nak naik moto untuk trip ke Nusa penida ni. (sebab sewa motor lagi murah dari amik supir) Thanks for reading.