Pengalaman Part 2 : Selepas operation dan pantang untuk fibroid/cyst

by - February 23, 2022

Selepas 3 jam di dalam bilik bedah (i guess)  aku dikejutkan oleh Dr Bius, time sedar tu terus aku ada rasa sakit di bahagian perut (dia cam automatic terasa bila aku terjaga tu) tapi just rasa macam sakit sengugut je (ok je tak sakit sgt pon) Tp time tu seyes aku lupa yg aku buat pembedahan,😆😆 ingat memang sengugut pastu bila Dr yang respon baru aku sedar "oh aku operate rupanya". Hahahaha.


After few minute Dr gerakkan tu, nurse terus tolak keluar dari bilik operation untuk hantar ke bilik ward. Masa aku sedar tu seriously mamaii gila, mata sentiasa pejam nak bukak silau (aku rasa macam tido tapi kadang tu still dgr org sekeliling kata apa tapi kepala and otak rasa mamai, eh ntah tak tau nak describe camne maybe sebab kesan dari moffin n bius tu kot) Then bila dah smpai bilik tu, aku masih tak boleh buka mata and otak duk mamai lagi tapi boleh la nak dgr suara family aku duk panggil2 nama tapi aku dalam keadaan lalok. Masa sampai bilik and dgr suara mak aku je, aku terus nagis n ngadu kata sakit (manja kan? Haha) lepas dipujuk dgn mak  aku terus tak sedar sbb tertido. Lama jugak aku tido, dari kul 11 pagi camtu sampai la kul 3/4 petang baru aku fully sedar. Kira dah boleh bukak mata, and respon apa org kata la, time tu aku tak rasa sakit apa pun sebab nak gerak badan pun tak berani lagi so duk terlantar jelar.

Selepas aku fully sedar, rasa lega tak terkata, sebab before date operate tu aku rasa sgt down dan tak yakin yang aku boleh tanggung rasa sakit tu, sebab takda pengalaman operate lagi. Tapi alhamdulillah, sakit selepas operation tu takda rasa teruk mana pun cuma rasa cam sakit sengugut jee itupon on off je rasa tu (sebab makan ubat tahan sakit) Nurse pun selang 4jam tak silap aku dia bagi ubat. 

Selepas aku sedar n dah boleh borak, dalam pukul 5 petang tu Dr Low datang melawat aku, nak tgk keadaan aku dan dia nak bagitau macam mana pembedahan tu. Time tu Doc terus bagitau yang dia dapat selamat rahim aku (sebab tak bleeding teruk) dan dia dapat potong melintang! time tu aku rasa syukur sgt bila dgr sbb awalnya doc kata menegak, So dapat melintang kira dah syukur sgt la. Kemudian Doc bagitau yang dia dapat keluarkan 7 biji fibroids dan 1 cyst. Time tu semua terkejut termasuk aku, sbb before ni detect 3biji jee, cyst takda lgsg, tapi doc kata bila dia belah dia nampak 7biji. 3biji tu besar dia sebesar bakso (5cm), yang lain kecik2 je dalam 2-3cm and dia kata dia check rahim aku sbb alang2 dia bukak tetiba dia kata dia nampak ada satu cyst berukuran 3cm (besar jugak tu) kat rahim belah kiri aku. Tapi cyst dia jumpa jenis cair, dan doc kata dia akan bagi lab test tuk tgk aku punya fibroid/cyst ni jenis apa, teruk ke apa, boleh cancer ke tak. Tapi kira semuanya Alhamdulillah selesai.

Pada keesoknya aku diward, nurse dan doc dtg tgk keadaan aku. Dia suruh aku try bangun kalau ok, kalau boleh bagun dia boleh bukak tiup kencing if aku tak boleh lagi dia suruh aku gerakkan kaki sbb takut blood clog. Pagi tu aku cuba untuk bangun jugak nak try g toilet sbb nak mandi (atas bantuan nurse) time tu subahallah sakit dia takyah cakap, menagis aku time tu tp disebabkan nurse paksa gak aku bgun, aku pun cuba la dan akhirnya berjaya. Selepas mandi semua, ada nurse dtg nak check darah aku, dan selepas beberapa jam tetiba doc n nurse dtg secara mengejut dan bagitau yg level darah aku drop sampai 8 (patut masa bgun tu aku pening sgt2 tapi seb baik nurse pimpin kalau tak mau jatuh/pengsan) time tu terus doc kata dia perlu tambah satu bag kat aku sbb drop rendah sgt time tu and aku redha jelar. 

Bila aku tambah darah tu, takyah cakap la. Dengan sakit operate tu lagi, sakit masuk darah lagi dan sakit drip yang nak masuk air tu lagi (plus tempat drip dah bengakak and terpaksa cucuk lain) time tu kiri kanan tgn aku dicucuk. Kiri buh drip, kanan buh darah dan didada bhgn kiri cucuk drip tuk moffin, perut sakit operation.  Nasib baik la time tu doc still bagi moffin so aku just mamai laa and sakit tu boleh la tak rasa and aku pun tertido. 

So selepas topup darah and consume ubat semua. Aku dibenarkan pulang tu pun selepas 5 hari aku bertapa di hospital dengan makan bubur je, muak takyah kata tapi sbb solid food doc tak bagi makan lagi. But everything went smooth laa, Alhamdulillah laa. So aku pon diberi mc selama 40hari, so kena jaga pantang sikit tuk luka dan kena byk berehat takut jahitan tu terbukak or apa. Selepas 2 minggu baru appointment aku dgn doc balik. Now just go back and relax. Nak tau apa aku pantang? And cara aku pantang? Haaa nanti sis share kalau rajin

You May Also Like

0 comments