• Home
  • About Me
  • International Destination
    • Shanghai
    • Cambodia
    • Huahin
    • Bali
    • Songkran 2019
  • Shopping
    • Bag Rotan bali
instagram Email

nanogocuti

shanghai
M&M Chocolate World Shanghai


M&M Chocolate World Shanghai

Just because of the colours and smells (fresh from oven) kemain berdesup kami pulun pilih warna apa nak, macam kanak kanak riang yang jumpa taman permainan tu. Tapi itulah riang ria kami hanya sementara je, sekali haa HAMBIK kau harga dia (a bit pricey) 😅 Pastu dengan colour and price yang menawan tu saya cubalah menikmati sambil pejam mata dan kunyah dgn pelahan (kot la rasa lain kan) hmm rasanya cam baik aku beli benda alah ni kat 7-Eleven je yang berharga RM5 tu 😣 #sapudada

But A-Must-Visit lah kedai ni, barang dia semua rare and sangat cool. Dalam dunia ni ada 5 je kedai ni. Cuma kena standby la dalam RM60 kalau jenis mudah teruja cam kami, or just amik buat syarat je sebab harga ikut gram. Orang have have maybe tak kesah laa kot 😝 #kesteroveramik #kamijakun

shanghai
Ini berharga RM60 je kawan kawan

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
pengalaman di bali

Bercuti ke Bali

Bila sebut je Bali, mesti ramai dah tahu and bayangkan dah tempat dia camne kan? Sebab sekarang ni memang ramai orang tergila gila nak ke Bali. Betul tak? Kalau scroll instagram (kawan, followers, instafamous, traveller) mula hati nak sangat ke sana. Sampai kita yang tak pernah pergi or jejak kaki ke sana lagi ni rasa jealous and sapu dada sabar je tengok gambar dorang pergi tempat cantik cantik, betul tak?

Bayangkan saya yang suka berjalan and travel ni, tahun 2018 baru lah nak buat list and check flight tuk kesana. Lambat betul bertindak untuk kesana. Nak tau sebab apa? Haaa saya bagi korang pergi dulu, tak nak berebut pergi sana. Orang duk pulun pergi, kita pun nak pulun nak pergi gak hahahahaha

Ok, first expression saya bila nak ke bali ni amat lah teruja sikit. Sibuk baca blog sana sini, survey tiket flight murah, cari tempat yang best untuk explore, cari supir yang bagus and mura, cari hotel/villa yang cantik cantik dan macam macam lagi lah tapi itulah bila disana saya dan kawan saya main redah jugak, ikut je mana yang sempat and paling priority. Biasalah mesti akan keluar ayat "Kalau tak sempat, nanti kita datang lagi" , "Nanti kita lagi la nak?" haaa ayat ni selalu je sangat keluar bila travel, bukan Bali je tapi ke mana negara pun 😂

Pada mulanya, plan kami ni berlapan tau tapi bila saatnya date tu tiba hanya tinggal berdua je, yes berdua je! Nak marah pun ada, nak gelak pun ada, nak kecewa pun ada tapi pada mulanya memang dah terasa dah hal camni mesti akan terjadi sebab ramai kan? Tapi sebab dah kira dah mind set so ok jelar trip ni. Still can have fun, and jejak kaki ke sana. 😀😀

So kalau nak tau selanjutnya tentang price ticket, hotel, belanja and transport disana nanti saya kongsikan next post. see yaaaa! (Sebab tgh cari mood nak menulis 😜) sekarang layan je dulu gambar saya yang beshe beshe je ni. Muah!

pengalaman di bali

pengalaman di bali

pengalaman di bali

pengalaman di bali

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
hua hin railway station
Hua Hin Railway station

Tips bercuti ke Hua Hin 2019

Bila sebut je Hua Hin, mesti ramai orang yang tak tahu lagi. Sejak Airasia buka route kesana barulah kita nak tengok ada apa dengan Hua Hin ni selain Bangkok, Krabi, Phuket, Hatyai, Chiang Rai dan tempat yang terkenal di Thailand ni. Hua Hin bagi saya personally adalah satu tempat pantai/bandar yang kecil dan masih belum banyak lagi pelancong. 

So apa kata jom kita explore sini pulak memandangkan airasia dah bukak route untuk kesana. Jom baca beberapa tips dari saya untuk bercuti ke Hua hin.


1. Berapa hari yang perlu kesana?

For me, untuk cover semua tempat di Hua hin dalam masa 3 hari je cukup. Kalau rasa nak buat trip relax relax tak kejar masa 4 hari pun dah okay. Tak perlu lama sangat sebab nanti mati kutu tak tau nak buat apa dah. hihihi

2. Tiket Flight 

Sejak Airasia buka route ke Hua Hin ni barulah kita kerap dengar tentang tempat ni. Sebelum ni kalau nak ke sana biasanya orang akan drive atau travel dengan train. Bila route Hua Hin dah buka ni, mesti lah makin senang and ramai la orang dari luar negara akan explore Hua Hin. Betul tak? Flight ke Hua Hin dari KL tak banyak. Hanya ada pada hari tertentu je. Untuk perjalanan saya kesana tiket RM250 seorang (return) without check in luggage. Tapi boleh dapat lagi murah dari ni, ni pun macam mahal sikit sebab saya beli last minute.

2. Hotel/Airbnb

Untuk penginapan saya sarankan book hotel yang berdekatan dengan town or  around cicada market. Memandangkan Hua Hin baru sahaja dibuka sebagai tempat pelancongan, so tak banyak sangat pelancong pun lagi sebenarnya. Kebanyakan tempat agak lengang dan tak rasa crowded macam tempat pelancongan yang lain. So senang la nak ambik gambar bila orang tak ramai. Untuk mengelakkan suasana boring dan sunyi itu, boleh la book hotel in town area. Price range hotel untuk 4 hari di sana dalam RM300-RM600. 

NORNDEE HOTEL *HIGHLY RECOMMENDED*

3. Transport

Di Hua Hin, perjalanan dari kawasan bandar ke tempat untuk dilawati boleh memakan masa sehingga sejam menaiki motor/kereta. Selain dari menyewa kereta/motor, servis Grab pun dah ada kat sini. Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing nak pilih cara untuk commute. Kalau untuk tempat yang dekat boleh jugak naik tuktuk. Bagi sewa kereta bajet sehari dalam 1300baht, dan untuk sewa motor pula 250baht sehari, Grab macam biasa lah ikut distance (KM)

4. Tempat yang boleh dilawati

Macam saya cakap, Hua Hin ni baru sahaja dibuka sebagai tempat perlancongan. Cumanya, banyak tempat diorang tiru tempat yg popular kat luar negara untuk menarik pelancong, bukan tempat semulajadi kat sana. Faham tak? hahaha dah pergi nanti faham lah tu. So antara tempat yang boleh dijadikan tempat rare/wajib dilawati kat sana contohnya: 
  • Santorini park
  • The Venezia
  • Swiss Sheep Farm
  • Plearwarn
  • Camel
  • Sam Pham Nam floating market
  • Phraya noklon cave

5. Makanan

Apa yang kita tahu, Thailand memang heaven dengan makanan dorang. So di Hua Hin pun boleh jumpa macam macam jenis thai food. Bagi saya tempat yang wajib untuk korang pergi untuk makan best best:


cicada market
CICADA MARKET
  • Cicada market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - tempat dia cam night market (shopping) and kedai makan macam2 ada (makan kat sini gunakan konsep beli kupon) Kat sini jugak boleh lepak layan live band & amphitheater.
tamarind market
TAMARIND MARKET
  • Tamarind market (Thurs, Fri, Sat, and Sun only) - Ala ala cam TAPAK URBAN depan KLCC, sangat2 recommended siapa yang nak chill and makan sampai puas. Bersebalahan cicada market, cuma jalan kedepan sikit dalam tak sampai 5 minit. 

6. Banyak cafe yang menarik untuk lepak (kaki coffee)

Bagi yang hantu minum coffee, kat sana memang best. Kedai disana banyak ambience cam ala ala "hipster" sikit, memang best and teruja. Belambak kedai yang boleh kita lepak nak chill borak dengan kawan2. MUST-TRY
  • Seenspace 
  • The skoop beach
  • Sunset viewpoint 
  • Eureka beach cafe 
SKOOP BEACH CAFE

SEENSPACE


Dari apa yang saya kongsikan ni, korang boleh la rancang perjalanan korang ke sana, not bad for lifetime experience. Kalau nak repeat tu bagi saya tak kut, cukup hanya sekali jee merasa untuk tau ada apa di Hua hin ni. So selamat bercuti :)
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Bercuti ke Shanghai 2018, China (5D4N)

Date : 2 November 2018 - 7 November 2018 (i bought on January 2018)
Kata 5 hari kenapa tgk date macam 6 Hari, Haa can read next post :)
Weather : Autumn. So a bit cold (average : 10c-21c)
Total lost : RM1090 

cuaca di shanghai
weather in shanghai, china
autumn in shanghai
Autumn in Shanghai

First thing to know?

Benda WAJIB kena fikir before FLY to Shanghai of course la flight ticket and location hotel. I prefer stay at People square or East Nanjing road. Even hotel a bit pricey but you can save more at transportation at there. Yes! you can save A LOT. 

Air Asia Flight ticket (in 2018) : RM432 return
Hotel / Airbnb : RM535/2 = RM267.50
Visa : RM100
Total : RM799.50

Ok, all this is the wajib thing you kena ada before go to another step. Haa masa saya pergi ke shanghai hanya berdua sahaja. So if you are planning to go with ramai orang, so mestilah its more cheaper right (cheap for hotel jelar 😂)

After dah settle bayar all this, we go to another budget


Another budget? Apa tu?

Selepas berhempas pulas kerja, boleh la stanby for next budget pulak. Mesti nak tahu berapa kena spend kan? Lain la jenis yang nak main redah je tak kesah harga berapa. So you can skip this info

Transportation (by train) : 70 yuan / RM42.30
Foods : 170yuan / RM102.70
Entrance ticket : 30yuan / RM18
Simcard / Pocket Wifi : 200yuan / RM121
Total : RM284

OK, dah ada budget ni semua korang dah boleh get ready nak fly to shanghai dengan senang hati dah. yeayyyy.

ALL READY. Enough?

After all the budget yang i list ni dah ada and you think you can effort to get all the money regarding of my budget. You boleh dah la plan and keep searching the cheapest flight ticket to shanghai. Yang dah ada ticket tu, after read this you just can sit and relax tunggu date nak fly je. hahahah Tapi kalau rasa cam takut takut je dengan budget saya bagi ni, you just put some extra money mana la tau terOVER budget ke kan? (Saya selalu je camni bila travel. LOL)

Hope its would encourage you and help you a little bit about shanghai

TOTAL

Budget 1st (RM799.50)+ Budget 2nd (RM284) = RM1083.50

So how? murah ke mahal? So after ni, boleh lah you nak plan and ambil this budget for your reference. I'm just sharing on how i travel to shanghai. But ini just apa yang penting. Untuk yang lain lain, itu atas nafsu sendiri. #sharingiscaring Kalau nak tau experience saya ke sana meh baca ni 

xoxo,
nano noordin

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About MeHi, I'm Nana
Graphic Designer cum Traveller
Traveller cum Blogger
#nanogocuti

instagram : @nanogocuti
email :nano.noordin@gmail.com



Follow Us

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  February 2022 (1)
      • Pengalaman Part 2 : Selepas operation dan pantang ...
  • ►  2020 (3)
    • ►  February 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (13)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  February 2019 (2)
    • ►  January 2019 (8)

My views

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates