balibali 2019boat ke nusa penidabudget ke balibudget ke nusa penidaIndonesiananogocutinusa penidapengalaman di balipengalaman ke nusa penidasewa motor di nusa penidatips ke bali
Day 2 : Trip dan Pengalaman ke Nusa penida 2019 (East)
BREAKFAST VIEW FROM OUR HOTEL |
Seawal pagi buta kami dah bangun dan siap untuk nuda penida. Tapi sebelum tu kami breakfast dulu di hotel. Kemudian dalam pukul 8 pagi, kami terus bertolak ke area Yellow Bridge. Boat untuk ke Nusa Penida dari Nusa Ceningan berharga IDR140,000 return seorang. Boat untuk kesana saya pilih boat private so dia tak tunggu org, boat boleh terus gerak kesana dan jgn risau banyak je boat untuk kesana just plan well and manage your own time. Perjalanan kesana mengambil masa dalam 15minit (speed boat)
Tibanya kami di pelabuhan Toko Payeh, Nusa Penida terus kami cari motor untuk disewa. Disebabkan kami hanya berdua, jadi lebih senang dan murah, kami sewa motor sahaja. Sewa motor untuk sehari IDR80,000 with petrol (masa pulang tak perlu isi petrol balik) Selepas selesai sewa motor and pilih helmet yang helok kami terus mulakan perjalanan kami.
Pada hari pertama, kami memilih untuk ke area East dahulu. Mengikut kiraan yang kami buat dan masa yang kami ada, berapa hari kami disana, spot yang terbaik kami pilih, route yang mudah dengan kenderaan yang kami naik, dan paling penting taste/style kami travel. Kami memilih untuk ke East dahulu dan keesokannya baru kami ke arah West pulak. Perlu diambil kira dan hadam, perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain sangat jauh (jika menaiki motor agak terasa lama), belum masuk cabaran semasa perjalanan tu lagi.
Spot pertama yang kami tuju dulu adalah Atuh beach. Perjalanan menaiki motor dari Toko Payeh selama satu jam lebih. Road untuk ke Atuh Beach agak ok mulanya tapi nak hujung2 tu jalan agak teruk (macam ogawa rasanya) hati hati ketika memandu! Pakai helmet yang sesuai dengan kepala, wear mask and sport shoes sebab jalan dia banyak berlubang dan berpasir (jalan macam tak siap tu) but the view sepanjang perjalanan sangat superb dan awesome!
VIEW SEPANJANG PERJALANAN |
ATUH BEACH
ATUH BEACH / DIAMOND BEACH |
Note: Untuk turun ke bawah, jalan agak debu, licin sebab berpasir, so sila hati hati. Nak turun/jalan ke pintu utama Atuh Beach tu dalam 10min la. Good luck gais!
TANGGA YANG PERLU TURUN/NAIK - ATUH BEACH |
Atuh Beach cantik sangat, amazing gila, indah ciptaan tuhan, air laut biru sangat memukau walaupun panas terik pun rasa sgt berbaloi la dengan view tu. Kami disitu hanya menikmati padangan dari atas sahaja, tak turun pun. Sebab bagi kami cukup sekadar dari atas je (lain orang lain cara) Kalau korang jenis yang betul2 nak merasa or menikmati permandangan, nak ambil gambar banyak view/angle tuk kenangan boleh la nak turun dan disitu juga boleh mandi. Di bawah juga ada port untuk bergambar di atas buaian berlatar belakangkan view yang terpukau tu, so worth it la. Tapi macam biasalah, turun/naik tu kena ada stamina yang tinggi juga. So good luck again gais!
ENTRANCE ATUH BEACH |
Selepas bergambar dan menikmati di Atuh Beach, kami terus ke spot kedua dan ketiga iaitu Rumah Pohon Melonteng dan Diamond Beach. Untuk kesana, ada juga ada jalan shortcut dari entrance atuh beach tu, jalan dia macam kena mendaki bukit (boleh nampak ramai org lalu laluan bukit tu) Kalau korang ok, untuk menapak/mendaki tu boleh je ikut jalan tu, then faham2 la kena patah balik la ke tempat parking tadi tu. Kami memilih untuk menaiki motor sahaja kesana, tak mampu untuk menapak dengan cuaca yang panas tapi ia cuma ambil masa dalam 5min sahaja. Jalan agak debu (wajib pakai mask kalau naik motor kesana) Di rumah pohon melonteng tu kami perlu bayar parking sebanyak IDR5,000. Kira kalau menapak boleh skip la bayar parking motor, up to u 😌
Note: Disini agak mencabar juga, sebab kena trun/naik bukit yang agak curam (anak tangga) dan faham sendiri la kalau nak naik balik tu camne yee. Mengigil kaki dibuatnya. Masa untuk turun hanya 10-15minit, tapi masa untuk naik mau dalam 30-1jam. hahaha its depends on ur stamina.
RUMAH POHON MELONTENG / DIAMOND BEACH
DIAMOND BEACH |
Di bawah view sgt cantik, boleh nampak terus Diamond Beach dari situ (kira two in one la) Dan dibawah tu ada beberapa pohon, ada pohon private untuk orang menginap (not sure ada ke orang yang stay), ada satu pohon khas untuk pelancung bergambar (yang viral tu) dan ada pohon untuk orang dorang (I think so, for what i see haha). Untuk pohon yang boleh ambil gambar tu perlu bayar ye gais bukan FREE. Seorang IDR50,000 selama 5min sahaja, beratur tak payah kata la kan kalau nak senang isi je nama kat abang yang jaga tu untuk "chup" turn dan sambil tu boleh la pergi tgk view lain yang boleh nampak Diamond Beach tu (bila sampai bawah tu tak besar pun tempat dia, ok je) dan menikmatilah sepuasnya. Kami pun mau tak mau, bayar jugak la dan tggu la giliran sebab dah penat turun kan? View pun superb, rugi laa kalau p bali tak amik kat spot2 yang viral tu kan. Hahaha
RUMAH POHON MELONTENG / IDR50,000 |
POINT TU ADALAH DESTINASI TERAKHIR (RUMAH POHON MELONTENG) |
Selepas kami ke rumah melonteng dan mendaki balik keatas, kami terus ke Spot keempat iaitu spot yang terakhir Peguyangan Waterfall. Perjalanan mengambil masa selama 40-50minit. Sepanjang perjalanan, jalannya agak aman dan baik.
Note : Jika korang plan mengunakan google maps / waze untuk ke destinasi2 disana sila check/locate sebelum gerak, sebab disana amat sukar untuk dapat line/internet. Kami pun banyak guna wifi kedai or tanya orang yang lalu situ kalau lost/confius jalan, sebab jalan pun banyak cabang/simpang. So kena peka jugak tgk maps.
Note : Jika korang plan mengunakan google maps / waze untuk ke destinasi2 disana sila check/locate sebelum gerak, sebab disana amat sukar untuk dapat line/internet. Kami pun banyak guna wifi kedai or tanya orang yang lalu situ kalau lost/confius jalan, sebab jalan pun banyak cabang/simpang. So kena peka jugak tgk maps.
PEGUYANGAN WATERFALL
Tibanya kami disini, kami agak terkejut bila kami tetiba diberitahu perlu menyewa kain untuk turun ke situ (ada brother jaga entrance situ) Kami bukan terkejut apa, sebab sebelum kami ke sini mestilah kami ada baca blog lain utk rujukan kami, tapi takda la pulak orang kata kena sewa kain untuk masuk situ. Dan ada je kami tgk gambar orang kesini, takda pula kena sarung kain ke apa. So kami syak masa kami sampai tu nasib kami malang la kot ada orang jaga (katanya sebab bawah tu temple). Mungkin macam brother kat atuh beach tu, taknak nampak dorang minta duit dorang buat cara kena beli air/sewa kain. #cisbedebah Walaupun saya pakai pakai full dress pun still kena sewa and pakai patunya orang pakai short/skirt pendek je kena sebab kira nak tutup aurat kan? Pelik tapi sebab nak turun tengok punya pasal bayarlah sebanyak IDR15,000 per kain. Tapi bila kami masuk je kami bukak jugak kain tu rimas wehhhh. hahahaha
Tips : Untuk elak bayar kat dorang bawak la kain sarung pape spare sebab kawan saya tak kena pun sebab dia bawak kain pario sendiri so lepas la (Fyi dia pakai short, dan saya pakai full dress) Tapi sebab dia nak duit jugak dia kata saya tetap kena pakai kain.
Untuk penguyangan ni, saya tak perlu bagitau la kot pegungan waterfall ni ada apa, sbb dah banyak blog share kan? Saya just nak share pengalaman saya lalui and tips tambahan je. Lagipun...... haha (teruskan baca dulu) Selepas selesai sewa kain, kami pun masuk la kedalam. Jalan agak mencabar, sempit, gayat. Untuk kebawah perlu lalui tebing batu/bukit mengunakan tangga yang dia dah buat/sediakan. Selepas kami masuk and turun beberapa minitnya dan anak tangga yang sgt curam tu malangnya kawan saya tak sanggup dah nak turun kebawah, #gayatteruk sebab terlampau gayat, dan masa tu kami agak letih, dengan cuaca panas, perut lapar dan nak terkejar masa juga untuk pulang ke Toko Payeh. Jadi kami pun buat keputusan untuk patah balik dan pulang. (haa tu la cerita dia) Bagi kami kalau nak kena penat tahan gayat, plus bahaya nak turun, dan letih untuk hiking lebih baik kami pulang ke Toko Payeh boleh juga kami makan isi perut. Plus bawah tu bagi kami hanya ada temple sahaja so oklah. Jadi kami hanya bergambar sekeping dua di tempat kami berhenti tu sahaja hehehe
So untuk hari pertama kami explore Nusa penida ni kira dah settle la. Kira tempat yang kami pilih untuk discover area East dah puas lah. Perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Toko Payeh. Tibanya kami di Toko Payeh dan sebelum berangkat pulang ke Nusa Ceningan, kami sempat untuk makan dulu di pelabuhan tu. Di pelabuhan tu majority makanan HALAL, banyak orang islam yang tinggal di situ jadi senang la kalau nak makan ke apa. Harga agak pricey sikit dari Kuta dan Nusa tapi kira boleh la janji senang, cepat dan halal.
Selepas kami selesai makan di kedai tepi pantai tu, kami pun cari abang yang bawa kami pagi tadi tu. Untuk trip kami hari kedua ke East makan masa sehari juga. Tibanya kami ni Nusa Ceningan pada waktu senja dah, dan kami terus pulang ke hotel.
PENGUYANGAN WATERFALL - VIEW DARI ATAS SAHAJA |
So untuk hari pertama kami explore Nusa penida ni kira dah settle la. Kira tempat yang kami pilih untuk discover area East dah puas lah. Perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Toko Payeh. Tibanya kami di Toko Payeh dan sebelum berangkat pulang ke Nusa Ceningan, kami sempat untuk makan dulu di pelabuhan tu. Di pelabuhan tu majority makanan HALAL, banyak orang islam yang tinggal di situ jadi senang la kalau nak makan ke apa. Harga agak pricey sikit dari Kuta dan Nusa tapi kira boleh la janji senang, cepat dan halal.
Selepas kami selesai makan di kedai tepi pantai tu, kami pun cari abang yang bawa kami pagi tadi tu. Untuk trip kami hari kedua ke East makan masa sehari juga. Tibanya kami ni Nusa Ceningan pada waktu senja dah, dan kami terus pulang ke hotel.
JOM BALIK - TOKO PAYEH |
SUNSET AT THE YELLOW BRIDGE - NUSA CENINGAN |
1 comments
Halo mbk cantik, terima kasih sudah berkunjung ke pulau kami ya. Jangan lupa kembali lagi.
ReplyDeletesalam
one day trip Nusa penida atau tour nusa penida 1 hari