• Home
  • About Me
  • International Destination
    • Shanghai
    • Cambodia
    • Huahin
    • Bali
    • Songkran 2019
  • Shopping
    • Bag Rotan bali
instagram Email

nanogocuti

Pembedahan fibroid dan cyst

Post kalini berbeza sedikit dari post sy sebelum sebelum ni, sebab sebelum ni post kebanyakannya more to travel jee tapi kalini agak beza sedikit hihihi. Post ni kira saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri membuat pembedahan fibroid dan cyst pada tahun lepas. Kira penutup tahun 2019 la bagi saya, saya menjalani pembedahan pada bulan october di Columbia Setapak. Niat saya hanya untuk kongsi pengalaman yang mungkin lain atau sama dengan pesakit lain. Jadi sesiapa yang mengalami senasib dengan saya boleh baca ni tuk buat rujukan atau mungkin memberi semangat ke apa, sebab saya sendiri pun pertama kali masuk hospital dan menjalani pembedahan pada umur 30 ni. 
Sebelum dapat tahu ada fibroid
Ok pada mulanya saya mengalami sakit sengugut yang kerap dan teruk (sakit belakang, pingang, cramp perut dan kebas kaki) hampir tiap bulan mesti saya akan mengalami masalah sengugut ni. Tiap bulan jugalah saya akan pergi klinik amik MC sebab sengugut. Kalau orang tak tahu mesti tak percaya kata saya saja bagi alasan tu je bila MC. Kemudian disebabkan tiap bulan jumpa doctor (saya jumpa doc yang sama) terus doc tu kata dia nak scan perut saya, sbb hampir tiap bulan saya sakit so dia nak check la, maybe nak tau jugak kenapa. Jadi doctor tu suruh saya datang balik seminggu selepas sy habis period (time period tak boleh scan sebab akan nampak ketul period tu je) Selepas seminggu saya dtg untuk scan, kemudian doc nampak macam ada seketul fibroid berukuran 2cm, masa tu pada Jun 2019. So doc kata dia just nak monitor dulu (maybe bukan fibroid) so after sebulan dia suruh datang balik. Tapi biasalah bila kita dgr ada je terus rasa takut dan tak nak pergi lgsg jumpa doc tu sampai sggup next period tu sakit aku pg klinik lain. Haha. So selepas beberapa bulan aku bia tak check, pada bulan Ogos 2019, tetiba saya datang period sampai dua kali (pada bulan yang sama) means saya dah habis period yang sepatutnya selepas seminggu sy datang balik. Tapi pada mulanya fikir mungkin sebab hormon dan period keluar hanya sedikit je, sengugut pon takda. Tapi nak jadikan cerita saya period kali kedua ni agak lama tapi sedikit je (tapi time tu dah hari yang ke 8) tetapii pada hari ke 9 tetiba darah keluar yang sangat banyak sampai sehari saya perlu tukar pad sebanyak 5/6 kali sehari. Bocor takyah cakap, nak tido sgt tak selesa. Kemudian pada hari 11 saya buat keputusan untuk pergi ke klinik untuk check kenapa sebab masih bleeding. Mulanya doc hanya check biasa je, (fikir hormon) kemudian bila sy sebut yang sy pernah detect fibroid sebesar 2cm pada jun baru ni terus doc tu nak buat scan nak check. Waktu tu doc tgk sy macam dah makin besar sebesar 2.6cm, time tu doctor kata kalau 3 bulan naik 0.6cm is still normal lepastu disebabkan sy dah period hari yang ke 11 dan banyak pulak tu, doc nak amik darah nak check level darah. Bila result keluar je doctor kata level darah sy dah drop 7.1 dan dia kata normal is 12-14 so kira sy dah kurang hampir 50%, terus doctor tu refer hospital sbb katanya sy nak kena topup darah, kalau saya drop lagi smpai 5/6 saya boleh collapse. Tapi masa doc kat klinik tu check kata low blood tu memang saya tak rasa pape pun, nak pitam ke pening ke takda cuma saya ada rasa penat, nak cakap pun mengah. So dengan hati yang sgt gelisah dan takut, saya pun pergi la ke Hospital Columbia setapak, jumpa dengan doctor pkar terus, saya jumpa dengan Dr Low (sangat recommended)

Dengan surat refer yg doctor klinik bagi tu, saya terus kena runding dgn dr pakar. Bila masuk je bilik doctor, terus doc tu scan. Dia tanya kitaran period camne, level darah yang keluar camne, pastu bila scan tu detect 3 biji fibroid yang berukuran 5cm dan 4cm pulak. Time tu memang terkejut habis sebab before ni scan satu je tu pon 2cm. Then doc tu check darah, tgk darah saya drop lagi 6.9 so apa lagi terus dia cakap sy kena admit sbb nak kena tambah darah asap and dia kata dia akan arrange tuk buat MRI nak tau lebih detail. 
So jadikan cerita sy admit dan kena tambah 2bag darah tuk dapatkan bacaan atas 11 time ni pada 12 September 2019
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1i8CqOjf1uxilZC8-edthLEPD8ALbA8Ik

Selepas dah topup darah bag yg kedua, terus nurse tu suruh sy puasa sebab nak buat MRI katanya. Time tu kepala fikir macam2 dah, risau kalau betul saya ada fibroid. Selepas buat MRI, dan result keluar petang tu jugak doctor terus sahkan yang saya ada 3 bijik fibroid berukuran 5cm, 4cm, dan 3cm. Bannnnyakkk tu. hahaha Time tu otak dah melayang dah fikir macam2 so apa yg doc nasihatkan time tu untuk buat pembedahan dengan secepat mungkin. Sebab bagi dia kenapa nak simpan dan tangguh kalau benda tu yg buat saya sakit selama ni. Jadi fikir punya fikir, saya minta untuk buat operation sebulan lagi konon nak prepare mental dan settlekan keje di office dulu.

 Sebelum pembedahanSo selepas trip saya ke bali tu (trip to Nusa Penida,boleh baca sini kalau nak hehe) saya set appointment and serah diri pada 15/10. Sebelum operation, doc buat scan lagi sekali lagi untuk tentukan saya perlu potong melintang or menegak, fibroid tu berada kat mana, masih membesar ke atau mengecil. Then lepas check doc kata sy maybe kena buat belah menegak? Whaaatttt? Pulak dah. Yes doc kata kalau dia tak boleh buang dgn melintang kenapa dia nak buat melintang. Bila tanya sakit ke tak dia kata memang sakit la menegak dari melintang, time tu saya rasa down gila. Then ok la, doc kata kena start puasa pada 12tgh malam sbb operation pada esok hari pukul 8.30 pagi 16/10

So petang tu selesai urusan admit semua, doctor bius pun datang, nak check segala semua selepas operation. Dan yang dia tanya aku time tu adalah, nak amik epidural tak memandangkan doc kata menegak. Time tu sy cam tak tau epidural tu camne (sebab tak pernah mengandung/bersalin plus blur teruk) so doc explain kata if aku amik epidural kurang sikit sakit tu sbb kalau potong menegak aku akan susah tuk bernafas dan gerak so epidural ni boleh lumpuhkan dari dada ke bawah so kurang la sakit. Kira function dia after operation, kalau sakit aku boleh picit tuk lumpuhkan (something like that la) Time tu sumpah rasa down dah rasa nak lari dari hospital pun ada sbb rasa taknak buat plus doc kata kena cucuk tulang belakang pulak kalau epidural. Terus tergamam n meleleh air mata. Nasib baik Doc ckp boleh fikir dulu, esok before operation bagitau dia. Ok la ada masa tuk fikir dan tanya kawan2.


Pada keesokannya, doc bius dtg and tanya nak ke tak, family semua kata tak yah amik sbb takut ada side effect. Doc pon kata sometime berjaya, sometime tak and even amik pon still rasa jugak sikit bukan fully xda rasa apa. So fikir punya fikir, sy decide untuk TIDAK AMBIL cuma bius penuh biasa and take morfine je. Doc pun kata ok just bius penuh je, if sakit dia akan bagi moffin after few hours. So aku just redho dan berserah je time tu. So time tu doc just bagi aku ubat penenang dan sedut gas sikit, untuk lancarkan penafasan time operation tu nanti.


So pagi tu pukul 7.30 dah ready semua dah mula la drama bersalaman dgn family sis hahahha, sesi minta maaf semua la (macam nak kena apa je) then pukul 8 bila dah masuk bilik operation, doc bius pun dtg and pakaikan drip and cucuk ubat bius. Lepas settle semua terus dorang tolak masuk bilik tu, time tu tak rasa apa sbb dah makan ubat penenang kan, cuma mata je lar pandang sana pandang sini sbb nurse tgh prepare brg. Then tetiba doc masuk (DR.Low) dia kata level darah aku drop jugak (sebab before operate aku dtg satu cycle, and cycle tu banyak darah aku keluar) so bacaan aku time tu 10, ikutkan ok lagi sbb normal kan 12-14 dulu aku 7 kot, so doctor kata takut time operate tu aku lost darah dia stanby dua bag darah if incase drop teruk so aku kena sign. lepas sign semua sis tak ingat apa sbb dah pengsan, tuptup sedar jee doc bius n nurse gerak.

meh baca next post.......
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments


Hari ketiga kami ke Nusa Penida lagi untuk cover area West pula, tapi hanya separuh hari sahaja. Macam biasa la disebabkan kesuntukan masa/hari, dan hanya beberapa tempat sahaja yang kami nak cover, ikutkan kira cukup la setakat separuh hari sahaja sebab kami nak balik ke kuta pula petangnya.

So post tuk hari ketiga saya tak nak focus sgt, ikut kan takda tips tambahan pon dari saya tuk lokasi hari ketiga ni, cuma post kalini saya nak share perjalanan ke arah west yang sangat bahaya (seperti yang korang dah dgr dari kawan or blog lain) Bertapa teruknya jalan sampai kita tertanya macam mana, kan? (Bagi yang pertama kali kesana la) so dengan post saya kalini dapatla membantu serba sikit plan korang ke sana so boleh la decide nak sewa motor je ke or upah supir nanti.

Ikutkan yang tak biasa tu, jalan untuk day 1 bagi kami memang teruk dah pun tapi boleh la nak get ready and berhati hati lagi sebab jalan kat malaysia pon ada je jalan camtu (jalan tak siap, lubang2 macam jalan nak masuk hutan) Tapi untuk jalan hari kedua ni or ke arah west ni agak extreme, bahaya! Sebab kami punyala berhati hati pon and doa banyak supaya selamat tak jadi pape (jatuh/excident) pon still jatuh motor tapi nasib baik time nak balik ke Toko Payeh dah. So lets read hahahaha

 Ok hari kedua kami ke Kelingking Beach, Paluang Cliff, Angle Billabong and Broken Beach (yang worth it tuk berinstagram 😂) sahaja itupun ngam2 untuk separuh hari pukul 12/1 dah sampai di Toko Payeh. (Kami gerak kul 9pagi) Perjalanan kami awalnya ok tenang, jalan raya masih baru and view ke arah west ni more to perkampungan sikit. So Jalan pergi dari Toko Payeh ke Kelingking Beach agak baik awal tu (30minit pertama and total sejam gak untuk sampai) dan waktu nak smpai tu, jalan dah teruk debu teruk gila sebab dia hanya pasir saja bukan jalan tar (kalau hujan maybe ok la sikit) so agak bahaya! Tayar motor boleh tergelincir kalau takleh handle jalan ada naik/turun bukit dan jalan tu jugak banyak kereta lalu (kira jem sbb semua nak bawak slow and hati2) kalau moto mesti nak potong kereta2 tu lagi (kereta tu semua supir yang bawak pelancung tu) kira semua yang lalu memang nak tuju ke Kelinking Beach so sila hati2 disitu.



bali


bali
JALAN KE ARAH WEST
bali
KERETA DAN MOTOR NAK KE ARAH WEST

Note : Kelinking Beach dan Paluang Cliff adalah tempat yang sama. Parking pon yang sama (5,000IDR) cuma perlu jalan kaki sikit je dalam 5min-10min. Angle Billabong dan Broken Beach pon tempat yang sama. Bila masuk tu akan jumpa Angle Billabong di sebelah kanan, dan untuk ke broken beach perlu jalan ke kebelakang lagi tapi arah kiri. Broken beach ni macam tersorok sikit tapi if nampak orang keluar masuk arah hutan/batu tu follow je.


Perjalanan dari Kelingking ke Angle Billabong lebih kurang cam saya cite kat atas ni dan bila nak smpai tu perlu naik bukit yang tajam sikit je dan bukit tu bukan jalan Tar tapi bukit yang pasir/berdebu. So sila hati2 lagi disini.

So mana jalan yang teruk? Kat mana kami jatuh? 

Haaa yang teruk yang boleh kami jatuh tu adalah perjalanan pulang ke Toko Payeh setelah selesai semuanya. Punya la Malang tak berbau kami bila lalu satu jalan ni yang dikatakan “one way” tuk balik dan jalan tu bagi saya la sebenarnya tak siap! Dorang still under construction tapi time kami lalu takda sape pulak yang kerja kira takda orang lgsg la. Di sebabkan jalan macam tak siap banyak pasir (ada timbunan kat tepi jalan and batu kecil maybe untuk nak buat tar) so time nak turun bukit kami dah habis main break pun boleh tergelincir sebab tayar licin sgt. Nasib baik sy sempat tahan kaki n loncat terus so takda serious cuma penuh pasir la sbb terduduk tapi kawan saya kira terseret sekali dgn motor and lutut dia lebam sebab terhempap dengan motor. so sad.... 😒 Then bila jalan depan sikit ada pulak bukit yang tinggi dan jalan tu penuh dengan pasir jugak, bayangkan macam mana kami nak naik, so redho press je moto then apa lagi tayar kami tengelam dengan timbunan pasir yang tebal tu dan kami jatuh lagi sekali. Masa ni motor kami tersangkut dan kami try push motor sambil press pon tak bergerak, lagi la tayar kami makin tergelam, time tu dah cuak dengan nak kejar masanya, dengan sakit kakinya, badan penuh pasir dan time tu memang nasib baik kami ada dua motor kebetulan lalu situ kira memang luck la. Tapi masa dorang lalu pon moto dorang pon stuck xleh naik, tapi kuasa laki dorang dapat lepas tolak sampai atas, masa tu kami harap la dorang tlg kami, hehehe Nasib baik dorang baik gila masing2 tolak lepaskan motor kami naik ke atas sbb tayar motor kami dah habis masuk ke dalam (sebab duk press jee hihihi) so 4 lelaki tu (orang indon) boleh la angkat motor kami sampai atas. Then lepas settle and sampai je atas dorang suruh kami jalan dulu, dorang follow belakang takut ada stuck lagi ke apa (baik gila wehhh). Nasib baik la ada yang lalu situ time tu kalau tak mati la kami. (FYI, lepas kami settle tolak n smpai atas bukit tu, ada kereta pulak nak lalu, but dorang sangkut tapi tak tau la apa jadi sebab kami dah gerak ke depan) But then after tragedi kat jalan tu Alhamdulillah dah ok dah and jalan pon makin better sampai la kami tiba di Toko Payeh, nasib baik la kami sempat sampai sebelum boat kami nak pulang ke jeti nusa lembongan tu. Overall Alhamdulillah dan Terima kasih abg bali sebab tolong kami, kami sgt hargai 😂
INI LAH JALAN YANG TAK SIAP
 Note : Tapi bukan jalan yang ni yang kami sangkut dan jatuh, lagi teruk dari ni dah bukit tu ajak tinggi, saya tak sempat ambil gambar, ini jalan selepas kami jatuh but alhamdulilah boleh kawan


JALAN YANG PENUH PASIR DAN BATU KECIL

JATUH MOTOR HAHAHAHA

bali
TERFIKIR NASIB KE TU? 

bali
JETTY TOKO PAYEH
Jadi inilah peristiwa dan pengalaman kami untuk ke arah West yang saya nak kongsikan, so korang boleh la rancang and hati hati ketika lalu situ. Harap sekarang ni jalan tu dah siap so boleh la tourist lain takda risau ke apa nak naik moto untuk trip ke Nusa penida ni. (sebab sewa motor lagi murah dari amik supir) Thanks for reading. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About MeHi, I'm Nana
Graphic Designer cum Traveller
Traveller cum Blogger
#nanogocuti

instagram : @nanogocuti
email :nano.noordin@gmail.com



Follow Us

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

recent posts

Blog Archive

  • ►  2022 (1)
    • ►  February 2022 (1)
  • ▼  2020 (3)
    • ▼  February 2020 (2)
      • Pengalaman Part 1: Pembedahan fibroid dan cyst pad...
      • Day 3 : Pengalaman ke Nusa Penida (West) 2019
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (13)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  February 2019 (2)
    • ►  January 2019 (8)

My views

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates