Tips & tricks untuk sambut songkran di Thailand (Bangkok/Phuket)
SONGKRAN |
- Beli pistol air sehari sebelum pesta air, harga lebih murah dan banyak pilihan (kena pandai tawar menawar)
- Sarankan beli pistol air yang hos power tinggi (5000-12,000 power), puas hati untuk tembak - menembak nanti. Spend sikit laa duit untuk kepuasan tahap maxima (harga range THB250-THB700)
- Pistol air BOLEH bawa balik ke Malaysia ya, nak bawa sebagai hand-carry or check-in bawah pun boleh tapi kalau dari Malaysia saya rasa tak boleh bawa ya kawan-kawan 😉
- Sediakan cermin mata / transparent mask untuk elak dari mata/muka pedih bila kena tembak nanti
- Cari accommodation yang berdekatan dengan hotspot somgkran yang meriah (eg. Khaosan Road, Silom Road, Nana Plaza) sebab senang untuk kita ulang-alik kalau hotel untuk rehat kejap / nak makan-makan
- Pakai baju yang sesuai and senang bergerak ke mana-mana dlm keadaan basah, senang untuk berkejar-kejaran dari "musuh". Jangan pakai kasut dan pakailah slippers yang tak licin/mudah putus
- Pakai baju yang dah always ready-to-get-wet walaupun kita plan untuk berjalan-jalan, shopping atau pusing-pusing dikawasan lain
- Pesta air akan mula meriah dan tembak menembak dalam anggaran 11 pagi sehingga 9 malam (so make well-planning)
- Jangan marah bila dah kena tembak atau simbah air. That's the rule. Muka kena senyum and redha je 😇
- Makan dahulu sebelum join pesta air ni, takut susah nak dapat makanan yang halal area hot spot songkran ni . Nak senang, beli je apa-apa makanan cepat & mudah di 7eleven untuk isi perut
- Air boleh dapat dengan percuma sahaja. Cari mana-mana tong air yang disediakan, jangan gatal pergi tempat yang kena bayar pula.
- Chatuchak market tetap beroperasi seperti biasa (weekend only), tapi harus keluar awal untuk elak kena simbah ait sebelum naik grab/train untuk sampai ke chatuchak
- Rancang masa keluar awal untuk shopping / melawat ke mana-mana tempat supaya sempat join 'party songkran' dan rasakan kemeriahannya setiap hari
- Boleh rancang separuh hari untuk melawat bangkok, separuh hari untuk songkran (janji pakai baju yang ready-to-get-wet)
Personal review : Antara Bangkok dan Phuket, Bangkok tersangat la meriah untuk sambut songkran, tak perlu nak merasa di tempat lain dah. Bangkok dah cukup puas hati and you will get the best experience ever. Tibanya kami di Phuket (dengan harapan yang tinggi nak sambung tembak orang) tapi malang sekali sambutan songkran dah habis disana, dah tak meriah, dah tak nampak kelibat orang usung pistol air. Bila tanya dengan orang orang Phuket, rupanya dorang dah sambut sehari awal dan habis sehari awal juga (12/4 - 14/4) tapi di tempat lain (bangkok/pattaya) masih menyambutnya ikut date yang di tentukan (13/4-15/4) Agak frust, tapi takpe next year boleh nak repeat lagi kalau ada rezeki.
OK, tunggu saya update itinerary saya pula ya. Just simple itinerary, kami cuma ikut kemahuan kami dan priority kami disana. Just simple entry, janji faham kalau tak faham boleh je PM tepi 😆
xoxo
nano - nano.noordin@gmail.com