• Home
  • About Me
  • International Destination
    • Shanghai
    • Cambodia
    • Huahin
    • Bali
    • Songkran 2019
  • Shopping
    • Bag Rotan bali
instagram Email

nanogocuti

BREAKFAST VIEW FROM OUR HOTEL

Seawal pagi buta kami dah bangun dan siap untuk nuda penida. Tapi sebelum tu kami breakfast dulu di hotel. Kemudian dalam pukul 8 pagi, kami terus bertolak ke area Yellow Bridge. Boat untuk ke Nusa Penida dari Nusa Ceningan berharga IDR140,000 return seorang. Boat untuk kesana saya pilih boat private so dia tak tunggu org, boat boleh terus gerak kesana dan jgn risau banyak je boat untuk kesana just plan well and manage your own time. Perjalanan kesana mengambil masa dalam 15minit (speed boat)


TEMPAT KAMI NAIK BOAT (BROTHER TU YANG KAMI DEAL)

OUR BOAT


TOKO PAYEH

Tibanya kami di pelabuhan Toko Payeh, Nusa Penida terus kami cari motor untuk disewa. Disebabkan kami hanya berdua, jadi lebih senang dan murah, kami sewa motor sahaja. Sewa motor untuk sehari IDR80,000 with petrol (masa pulang tak perlu isi petrol balik) Selepas selesai sewa motor and pilih helmet yang helok kami terus mulakan perjalanan kami. 

Pada hari pertama, kami memilih untuk ke area East dahulu. Mengikut kiraan yang kami buat dan masa yang kami ada, berapa hari kami disana, spot yang terbaik kami pilih, route yang mudah dengan kenderaan yang kami naik, dan paling penting taste/style kami travel. Kami memilih untuk ke East dahulu dan keesokannya baru kami ke arah West pulak. Perlu diambil kira dan hadam, perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain sangat jauh (jika menaiki motor agak terasa lama), belum masuk cabaran semasa perjalanan tu lagi.

Spot pertama yang kami tuju dulu adalah Atuh beach. Perjalanan menaiki motor dari Toko Payeh selama satu jam lebih. Road untuk ke Atuh Beach agak ok mulanya tapi nak hujung2 tu jalan agak teruk (macam ogawa rasanya) hati hati ketika memandu! Pakai helmet yang sesuai dengan kepala, wear mask and sport shoes sebab jalan dia banyak berlubang dan berpasir (jalan macam tak siap tu) but the view sepanjang perjalanan sangat superb dan awesome! 

VIEW SEPANJANG PERJALANAN


ATUH BEACH

ATUH BEACH / DIAMOND BEACH

Tibanya kami di Atuh beach, mesti la nak cari parking kan? Kami parking berhampiran pintu nak masuk, macam gate la tuk turun bukit. Kat situ ada satu brother ni macam jaga kawasan tu (parking), tapi yang peliknya dia kata “parking ini percuma tapi perlu beli air ya dari kami” air yang dijual berharga IDR15,000 (untuk segala jenis air yee, mahal siot!) tapi saya rasa dia taknak nampak sangat yang dia minta duit tuk parking, dia buat cara tu. Tapi takpe la dengan perjalanan selama sejam lebih tadi tu, dengan panas, sakit buntut lagi kami ok jelar beli satu air boleh basah tekak sikit 😄

Note: Untuk turun ke bawah, jalan agak debu, licin sebab berpasir, so sila hati hati. Nak turun/jalan ke pintu utama Atuh Beach tu dalam 10min la. Good luck gais! 


TANGGA YANG PERLU TURUN/NAIK - ATUH BEACH
Atuh Beach cantik sangat, amazing gila, indah ciptaan tuhan, air laut biru sangat memukau walaupun panas terik pun rasa sgt berbaloi la dengan view tu. Kami disitu hanya menikmati padangan dari atas sahaja, tak turun pun. Sebab bagi kami cukup sekadar dari atas je (lain orang lain cara) Kalau korang jenis yang betul2 nak merasa or menikmati permandangan, nak ambil gambar banyak view/angle tuk kenangan boleh la nak turun dan disitu juga boleh mandi. Di bawah juga ada port untuk bergambar di atas buaian berlatar belakangkan view yang terpukau tu, so worth it la. Tapi macam biasalah, turun/naik tu kena ada stamina yang tinggi juga. So good luck again gais! 


ENTRANCE ATUH BEACH
POINT TU ADALAH ENTRANCE, DARI TANGGA UNTUK TURUN KEBAWAH
Selepas bergambar dan menikmati di Atuh Beach, kami terus ke spot kedua dan ketiga iaitu Rumah Pohon Melonteng dan Diamond Beach. Untuk kesana, ada juga ada jalan shortcut dari entrance atuh beach tu, jalan dia macam kena mendaki bukit (boleh nampak ramai org lalu laluan bukit tu) Kalau korang ok, untuk menapak/mendaki tu boleh je ikut jalan tu, then faham2 la kena patah balik la ke tempat parking tadi tu. Kami memilih untuk menaiki motor sahaja kesana, tak mampu untuk menapak dengan cuaca yang panas tapi ia cuma ambil masa dalam 5min sahaja. Jalan agak debu (wajib pakai mask kalau naik motor kesana) Di rumah pohon melonteng tu kami perlu bayar parking sebanyak IDR5,000. Kira kalau menapak boleh skip la bayar parking motor, up to u 😌

Note: Disini agak mencabar juga, sebab kena trun/naik bukit yang agak curam (anak tangga) dan faham sendiri la kalau nak naik balik tu camne yee. Mengigil kaki dibuatnya. Masa untuk turun hanya 10-15minit, tapi masa untuk naik mau dalam 30-1jam. hahaha its depends on ur stamina. 


RUMAH POHON MELONTENG / DIAMOND BEACH

DIAMOND BEACH
Di bawah view sgt cantik, boleh nampak terus Diamond Beach dari situ (kira two in one la) Dan dibawah tu ada beberapa pohon, ada pohon private untuk orang menginap (not sure ada ke orang yang stay), ada satu pohon khas untuk pelancung bergambar (yang viral tu) dan ada pohon untuk orang dorang (I think so, for what i see haha). Untuk pohon yang boleh ambil gambar tu perlu bayar ye gais bukan FREE. Seorang IDR50,000 selama 5min sahaja, beratur tak payah kata la kan kalau nak senang isi je nama kat abang yang jaga tu untuk "chup" turn dan sambil tu boleh la pergi tgk view lain yang boleh nampak Diamond Beach tu (bila sampai bawah tu tak besar pun tempat dia, ok je) dan menikmatilah sepuasnya. Kami pun mau tak mau, bayar jugak la dan tggu la giliran sebab dah penat turun kan? View pun superb, rugi laa kalau p bali tak amik kat spot2 yang viral tu kan. Hahaha 


RUMAH POHON MELONTENG / IDR50,000

POINT TU ADALAH DESTINASI TERAKHIR (RUMAH POHON MELONTENG)
Selepas kami ke rumah melonteng dan mendaki balik keatas, kami terus ke Spot keempat iaitu spot yang terakhir Peguyangan Waterfall. Perjalanan mengambil masa selama 40-50minit. Sepanjang perjalanan, jalannya agak aman dan baik. 

Note : Jika korang plan mengunakan google maps / waze untuk ke destinasi2 disana sila check/locate sebelum gerak, sebab disana amat sukar untuk dapat line/internet. Kami pun banyak guna wifi kedai or tanya orang yang lalu situ kalau lost/confius jalan, sebab jalan pun banyak cabang/simpang. So kena peka jugak tgk maps.


PEGUYANGAN WATERFALL

Tibanya kami disini, kami agak terkejut bila kami tetiba diberitahu perlu menyewa kain untuk turun ke situ (ada brother jaga entrance situ) Kami bukan terkejut apa, sebab sebelum kami ke sini mestilah kami ada baca blog lain utk rujukan kami, tapi takda la pulak orang kata kena sewa kain untuk masuk situ. Dan ada je kami tgk gambar orang kesini, takda pula kena sarung kain ke apa. So kami syak masa kami sampai tu nasib kami malang la kot ada orang jaga (katanya sebab bawah tu temple). Mungkin macam brother kat atuh beach tu, taknak nampak dorang minta duit dorang buat cara kena beli air/sewa kain. #cisbedebah Walaupun saya pakai pakai full dress pun still kena sewa and pakai patunya orang pakai short/skirt pendek je kena sebab kira nak tutup aurat kan? Pelik tapi sebab nak turun tengok punya pasal bayarlah sebanyak IDR15,000 per kain. Tapi bila kami masuk je kami bukak jugak kain tu rimas wehhhh. hahahaha

Tips :  Untuk elak bayar kat dorang bawak la kain sarung pape spare sebab kawan saya tak kena pun sebab dia bawak kain pario sendiri so lepas la (Fyi dia pakai short, dan saya pakai full dress) Tapi sebab dia nak duit jugak dia kata saya tetap kena pakai kain.

Untuk penguyangan ni, saya tak perlu bagitau la kot pegungan waterfall ni ada apa, sbb dah banyak blog share kan? Saya just nak share pengalaman saya lalui and tips tambahan je. Lagipun...... haha (teruskan baca dulu) Selepas selesai sewa kain, kami pun masuk la kedalam. Jalan agak mencabar, sempit, gayat. Untuk kebawah perlu lalui tebing batu/bukit mengunakan tangga yang dia dah buat/sediakan. Selepas kami masuk and turun beberapa minitnya dan anak tangga yang sgt curam tu malangnya kawan saya tak sanggup dah nak turun kebawah, #gayatteruk sebab terlampau gayat, dan masa tu kami agak letih, dengan cuaca panas, perut lapar dan nak terkejar masa juga untuk pulang ke Toko Payeh. Jadi kami pun buat keputusan untuk patah balik dan pulang. (haa tu la cerita dia) Bagi kami kalau nak kena penat tahan gayat, plus bahaya nak turun, dan letih untuk hiking lebih baik kami pulang ke Toko Payeh boleh juga kami makan isi perut. Plus bawah tu bagi kami hanya ada temple sahaja so oklah. Jadi kami hanya bergambar sekeping dua di tempat kami berhenti tu sahaja hehehe 


PENGUYANGAN WATERFALL - VIEW DARI ATAS SAHAJA

So untuk hari pertama kami explore Nusa penida ni kira dah settle la. Kira tempat yang kami pilih untuk discover area East dah puas lah. Perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Toko Payeh. Tibanya kami di Toko Payeh dan sebelum berangkat pulang ke Nusa Ceningan, kami sempat untuk makan dulu di pelabuhan tu. Di pelabuhan tu majority makanan HALAL, banyak orang islam yang tinggal di situ jadi senang la kalau nak makan ke apa. Harga agak pricey sikit dari Kuta dan Nusa tapi kira boleh la janji senang, cepat dan halal. 


Selepas kami selesai makan di kedai tepi pantai tu, kami pun cari abang yang bawa kami pagi tadi tu. Untuk trip kami hari kedua ke East makan masa sehari juga. Tibanya kami ni Nusa Ceningan pada waktu senja dah, dan kami terus pulang ke hotel.


JOM BALIK - TOKO PAYEH

SUNSET AT THE YELLOW BRIDGE - NUSA CENINGAN


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Trip saya ke bali tahun ni mengambil selama 6 hari 5 malam. Kira focus saya pada trip ni untuk ke 3 pulau ni (Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan) dan pada 2 malam terakhir sahaja kami berjalan di sekitar seminyak dan kuta.

Saya kesana pada hari Khamis malam (3/10/19) dan pulang ke malaysia pada hari Selasa petang (8/10/19) Macam biasa, saya ke sana pada pukul 8 malam dan landing di Airport ngurah rai pada pukul 10malam. Kenapa saya memilih untuk travel malam? Ni pendapat dan style saya lah. Dari kita spend harga tiket pagi (mesti mahal dari malam kan?) beza harga tiket tu lebih baik sy spend tuk hotel. Sebab? Kalau travel pagi, sampai sana bukannya boleh terus check in, and confirm badan kita pon lemau (sebab bgun pagi2 tuk ke airport) so badan tak fresh tuk terus berjalan. Kalau terus berjalan hari tu pun sure tak dapat pergi mana sgt. If travel malam, sampai sana kita boleh terus check in and tidur/chill balik badan and esoknya pagi2 boleh terus plan agenda kita. Badan pon fresh! Tiket flight pagi sama je dgn harga flight malam+hotel (tapi ikut budget masing2 la) ini tips and cara saya lah. Boleh cuba kalau nak tau best dia camne. Haha

Flight saya ke bali kalini ni saya beli dari Malindo and harga for return (KL-Denpasar-KL) berharga RM350 seorang. Dan saya kesana hanya berdua sahaja, senang tak banyak kepala 😆

Setibanya kami disana, kami terus booking grab untuk ke hotel dengan berharga IDR80,000. Dan hotel kami pada malam tu, kami check in di D Beds Comfort Hostel, Kuta. Hotel sgt cantik for backpackers, murah dan berbaloi la dgn harga siap include breakfast. Kami stay disitu hanya semalam pada harga RM40 (Double bedroom) dia ada bunkbed juga, boleh check kat agoda. Dan keesokkannya kami terus berangkat ke Nusa Penida

D beds comfort hostel

Hari Pertama - Nusa Lembongan/Nusa Ceningan 

Kami breakfast dulu yang telah di sediakan dari hostel kami. Dan tepat pada pulul 7.30, company (Athamas) ferry yang kami ambil tu terus pickup untuk ke jetty sanur. Package yang kami dapat dari dia berharga IDR375,000 seorang for return, kira ok la price dia dari apa yang kami survey, plus dia ada buat pickup to/from hotel (instagram: @explorelembonganisland)

Perjalan kami dari kuta ke jetty sanur mengambil masa selama 30-40minit. Setibanya di jetty terus ke pondok/kaunter untuk pembayaran. Tepat pada pukul 9am kami sudah naik ferry dan tepat pada pukul 9.15am ferry pun bertolak ke nusa lembongan. Time ferry dari Sanur-Nusa Lembongan hanya ada 3 masa (9.15am, 12.15pm, 3.15pm)

Ferry to Nusa Lembongan

Note: Jangan keliru pulak, kalau nak ke nusa penida memang ferry akan stop kat jetty nusa lembongan dan dari nusa lembongan baru naik boat untuk ke nusa penida

Perjalan kami selama sejam untuk sampai ke Nusa Lembongan, dan tibanya sana dorang akan hantar ke hotel yang kita nak tinggal. Jika kita tggl di nusa lembongan, mereka akan hantar terus ke hotel tapi kalau stay di nusa ceningan mereka hanya hantar di yellow bridge, sbb untuk ke seberang hanya boleh menaiki motor atau berjalan kaki sahaja. (jadinya husung la bag tuk menyeberang)  Kami pula memilih untuk tinggal di nusa ceningan. Jadi dari nusa lembongan ke nusa ceningan tu kami perlu berjalan kaki melintasi yellow bridge dan dari situ, hotel sendiri yang akan pickup (please inform them pukul berapa kita sampai) 

Yellow bridge Nusa Lembongan-Nusa Ceningan

Kami memilih untuk stay di Jenny’s Place, Nusa Ceningan selama 3 hari 2 malam pada harga RM165 semalam. Hotel ni kami sgt recommended, sebab berbaloi dgn harga. View tersangat cantik, bersih, interior meletop and plus hotel ni tak banyak bilik so tak crowded (ada 8unit sahaja), owner pon baik (can speak indonesia very well) and breakfast pun sedap, kalau stay di hotel ni mesti korang takkan menyesal.




Jenny's Place, Nusa Ceningan

Selepas check in dan berehat, kami menyewa moto terus untuk dua hari di nusa ceningan berharga IDR70,000 sehari. Kami sewa motor sebab senang untuk ke nusa lembongan dan bergerak (terutama untuk cari makan) Selepas settle sewa motor kami terus cari makan disekitar nusa ceningan (Kedai kandel, ayam penyet dia mamtop!). Dan selepas makan kami terus ke Nusa Lembongan.

Di Nusa Lembongan kami hanya sempat untuk ke Dream beach dan Devil's tear sebab terlampau leka bergambar dan menikmati sunset hahaha. Tapi bagi kami itu pun dah cukup (my suggestion : sila kesana untuk sunset view) Ada juga tarikan lain di nusa lembongan tu tapi hanya view pantai (ikut cara/style masing2) Selepas selesai kami berjalan di Nusa Lembongan, kami pusing di area pulau Nusa Ceningan untuk makan malam (hanya beli ditepi jalan) dan pulang ke hotel untuk keesokkan harinya.



Devil's tear, Nusa Lembongan



Day 1
- Depart to Jetty Sanur from Kuta
- Check in di Jenny's Place, Nusa Lembongan
- Lunch di Kedai Kandel 
- Nusa Lembongan : Dream Beach & Devil's Tear
- Nusa Ceningan


Hotel
D beds comfort hostel : RM40
Jenny's Place : RM330
seorang  RM185

Transport
Ferry (return) : IDR375,000
Rent bike : IDR140,000 (2days)
seorang IDR445,000

Food
Lunch : IDR36,000
Dinner : IDR30,000
seorang IDR66,000

Total in RM185
Total in IDR511,000



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tips & tricks untuk sambut songkran di Thailand (Bangkok/Phuket)

SONGKRAN
  • Beli pistol air sehari sebelum pesta air, harga lebih murah dan banyak pilihan (kena pandai tawar menawar)
  • Sarankan beli pistol air yang hos power tinggi (5000-12,000 power), puas hati untuk tembak - menembak nanti. Spend sikit laa duit untuk kepuasan tahap maxima (harga range THB250-THB700)
  • Pistol air BOLEH bawa balik ke Malaysia ya, nak bawa sebagai hand-carry or check-in bawah pun boleh tapi kalau dari Malaysia saya rasa tak boleh bawa ya kawan-kawan 😉
  • Sediakan cermin mata / transparent mask untuk elak dari mata/muka pedih bila kena tembak nanti
  • Cari accommodation yang berdekatan dengan hotspot somgkran yang meriah (eg. Khaosan Road, Silom Road, Nana Plaza) sebab senang untuk kita ulang-alik kalau hotel untuk rehat kejap / nak makan-makan 
  • Pakai baju yang sesuai and senang bergerak ke mana-mana dlm keadaan basah, senang untuk berkejar-kejaran dari "musuh". Jangan pakai kasut dan pakailah slippers yang tak licin/mudah putus
  • Pakai baju yang dah always ready-to-get-wet walaupun kita plan untuk berjalan-jalan, shopping atau pusing-pusing dikawasan lain
  • Pesta air akan mula meriah dan tembak menembak dalam anggaran 11 pagi sehingga 9 malam (so make well-planning)
  • Jangan marah bila dah kena tembak atau simbah air. That's the rule. Muka kena senyum and redha je 😇
  • Makan dahulu sebelum join pesta air ni, takut susah nak dapat makanan yang halal area hot spot songkran ni . Nak senang, beli je apa-apa makanan cepat & mudah di 7eleven untuk isi perut
  • Air boleh dapat dengan percuma sahaja. Cari mana-mana tong air yang disediakan, jangan gatal pergi tempat yang kena bayar pula.
  • Chatuchak market tetap beroperasi seperti biasa (weekend only), tapi harus keluar awal untuk elak kena simbah ait sebelum naik grab/train untuk sampai ke chatuchak
  • Rancang masa keluar awal untuk shopping / melawat ke mana-mana tempat supaya sempat join 'party songkran' dan rasakan kemeriahannya setiap hari
  • Boleh rancang separuh hari untuk melawat bangkok, separuh hari untuk songkran (janji pakai baju yang ready-to-get-wet)

Personal review : Antara Bangkok dan Phuket, Bangkok tersangat la meriah untuk sambut songkran, tak perlu nak merasa di tempat lain dah. Bangkok dah cukup puas hati and you will get the best experience ever. Tibanya kami di Phuket (dengan harapan yang tinggi nak sambung tembak orang) tapi malang sekali sambutan songkran dah habis disana, dah tak meriah, dah tak nampak kelibat orang usung pistol air. Bila tanya dengan orang orang Phuket, rupanya dorang dah sambut sehari awal dan habis sehari awal juga (12/4 - 14/4) tapi di tempat lain (bangkok/pattaya) masih menyambutnya ikut date yang di tentukan (13/4-15/4) Agak frust, tapi takpe next year boleh nak repeat lagi kalau ada rezeki. 


OK, tunggu saya update itinerary saya pula ya. Just simple itinerary, kami cuma ikut kemahuan kami dan priority kami disana. Just simple entry, janji faham kalau tak faham boleh je PM tepi 😆

xoxo
nano - nano.noordin@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
songkran, songkran 2019, Songkran di Bangkok
SONGKRAN 2019

Songkran 2019

Bila sebut je SONGKRAN kita mesti tahu negara Thailand adalah satu satunya tempat yang menyambut festival ni. Thailand akan menyambut festival ni pada 13-15 April setiap tahun selama tiga hari. Pada waktu ni warga tempatan Thailand atau agama budha akan menyambut TAHUN BARU mereka. Festival songkran ni adalah untuk mereka cuci patung budha/temple. So ibarat selepas mereka sambut tahun baru dan cuci di temple, mereka akan keluar dan sambung bermain air di luar. Sambutan ini akan ada "spot spot" yang menarik/tertentu  dan kebanyakkan pelancong lain will join and have fun sama. Jadi bukan setakat warga Thailand je, kita yang dari negara lain dan agama lain ni pun sibuk nak merasa and experience bermain air sepanjang tiga hari tu tapi takda la sampai pergi ke temple cuci sekali 😆

Apa yang saya tahu and baca di internet, perayaan ni lebih meriah di tempat yang tertentu sahaja contoh di Bangkok, Phuket dan Chiang Mai. So untuk pertama kali nak merasa songkran ni saya plan untuk ke Bangkok dan Phuket. Saya ke sana seramai 4 orang, selama 6 hari 5 malam (12/4 Jumaat - 17/4 Rabu) Songkran tahun ni pula jatuh pada hari minggu so memang ngam teruk tak payah apply cuti lama sangat 😂😂



FLIGHT (AirAsia)

KL - BANGKOK (12/4/19, 07.30PM) - RM161/person
BANGKOK - PHUKET  (15/4/19, 03.00AM) - RM90/person
PHUKET - KL (17/4/19, 08.20AM) - RM163/person. 

TOTAL FOR FLIGHT TIKET : RM414/person


nanogocuti: saya tak tahu harga ini murah/mahal. For me don't be too cheapskate whether you want to travel for fun or frequent or to experience once in your lifetime. belasah je janji range tu affordable (and within your budget) Flight untuk songkran ni saya beli pada bulan January 2019.




ACCOMMODATION

BANGKOK - Kami stay di Jellybean CheQinn Hostel di Shukhumvit soi 4, standard room (2orang) adalah RM135/night, untuk dua malam RM270. Bilik yang selesa, bersih dan dekat dengan train (BTS nana), area Halal street and paling penting dekat spot yang meriah untuk meraikan SONGKRAN.

PHUKET - Di phuket kami stay dia BedBox Hostel, Patong. Standard room (2orang) adalah RM75/night, so dua malam RM150. Bilik sangat bersih untuk hostel dan facilities selesa sesuai dengan harga la. Lokasi agak jauh dari Bangla road/Patong Beach tapi boleh je sewa motor. Hostel ni ada provide servis sewa motor dengan harga THB200 sehari, lebih murah dari standard harga sewa motor kat tempat lain. (usually price starts from THB250 per day)


TOTAL FOR ACCOMMODATION 
(BKK/PHT): RM210/person



TRANSPORTATION

BANGKOK - Disebabkan kami berempat, kami memilih untuk bergerak dengan GRAB, lebih jimat dan cepat. Harga setiap perjalanan macam biasa ikut kilometer and traffic. Cuma ada sesetengah tempat sahaja kami naik TRAIN kalau tempat kami nak pergi lagi murah dari grab and within current location. Di Bangkok sy spend untuk transportation seorang THB 495

nanogocuti : Price ni dah termasuk cost dari airport-hotel-airport, kami just amik GRAB sebab lagi senang. Susah nak specific kan harga grab, sebab macam biasa lah it depends on high/low demand masa kita book *Nanti tgk entry itinerary saya*



PHUKET - Dari airport ke patong (to hostel) kami ambil MINI VAN THB180/person sebab lagi murah if private van from airport to patong THB 1800/van. Mini van ni akan ambik penumpang dlm 10-12 orang sekali jalan. Van akan sampai depan hotel masing-masing. Tapi time balik kami book PRIVATE VAN THB900/van sebab 6AM dah kena sampai airport so share 4 orang jadi THB 225 person. Di Patong pulak, we rent a BIKE, THB200/day dan kami sewa untuk dua hari terus so total THB400 sebab senang untuk bergerak kemana mana (Kalau jalan kaki dari area hotel ni ke hot spot area mungkin 30min/1jam baru sampai 😅). PETROL untuk penuhkan balik tank time pulang motor tu THB90 (Honda Clicks) Jadi untuk seorang THB650 laaa



TOTAL FOR TRANSPORTATION (BKK/PHT) : THB 1145/person




FOOD

BANGKOK - Untuk saya cari makanan Halal tak susah mana pun, area hotel kami ada banyak (arab street/nana street) kena menapak dalam 5-7 minit je dari hotel. Kalau ke Chatuchak Weekend Market pun ada Halal restaurant and Halal Street food. Kalau di bangkok budget ikut tekak saya termasuk breakfast, lunch and dinner dalam THB 850 

PHUKET - Sangat senang untuk cari HALAL food, for me personally Thailand food yg halal dan best boleh ke MALIN PLAZA, dia cam street food dalam open air food court. Kalau area Patong Beach/Bangla road pun ada, OTOP market boleh jugak dapatkan makanan halal yg sedap, dan di area HARD ROCK SHOP ada halal restaurant warna hijau (nama kedai lupaaaa) Bajet makan sorang mengikut selera saya dalam THB 700 Selama saya disana saya banyak belanja juga untuk makanan (Thailand is a food heaven kottt😀)


TOTAL FOR FOOD 
(BKK/PHT) : THB 1550/person

Tips 1: Time pesta air, songkran (11AM-7PM) so time ni sukar untuk dapatkan halal street food di lokasi pesta air, and disebabkan jauh nak kena menapak atau cari. Harus la makan siap2, kalau lapar grab je anything kat 7eleven

Tips 2 : Must-Try burger Halal kat 7eleven, sangat sedap macam burger MCD. Harga sangat murah

nanogocuti : Hotel kami di Bangkok dan Phuket tak provide breakfast, so kami tak skip breakfast tapi beli di 7eleven sahaja. Sedap and murah.


ENTRANCE

Actually kebanyakkan tempat saya pergi based on my itinerary tak ada pun kena bayar entrance kecuali satu tempat je iaitu WAT ARUN, Bangkok

IF pakaian masa nak masuk Wat Arun tu terdedah dibahu dan peha, anda akan diminta untuk menutup dgn selendang yg boleh disewa dgn harga THB20/kain dan deposit THB100 per person. (you'll get the deposit back when you return their kain) For entrance to Wat Arun, THB50/person

TOTAL FOR ENTRANCE (BKK): THB 50

Wat Arun : One of the tourist spot, white temple yang sangat menawan and good for your Instagram feed 😀



SONGKRAN ESSENTIAL

PISTOL AIR - Tak best lah kalau dah plan nak merasa songkran tapi tak beli pistol air. Beli pistol air sehari sebelum sebab harga lebih murah (pandai tawar menawar) Harga setiap satu pistol bergantung power semburan tu, power paling rendah dlm 1500 boleh dapat dalam THB250, bagi 1600 power berharga THB350, kalau rasa nak puas hati, semburan air tu kuat and laju ambil la 5000 power THB600 atau 10000 power berharga THB700. Masa saya disana sy ambil paling murah je sebab time tu tak faham lagi apa beza power power ni sekali bila nak tembak tu halus je keluar. So saya spend tuk pistol air THB250

CERMIN MATA - Sebenarnya tak berapa perlu sangat pon. Kalau rasa tak nak sakit mata boleh la spend sikit, disana hanya jual THB50 

TOTAL FOR SONGKRAN : THB300

Tips 1: Air boleh dapat dengan percuma je. Cari mana mana tong air yang disediakan, jangan pulak pergi tempat yang kena bayar. 


Tips 2 : Kalau dah nama pun main air, jangan la mengada nak pakai kemeja, jeans or kasut. Bukan tak boleh tapi takut berat nak berlari, nanti nak balik KL kasut tak kering kering pulak. Pakai yang sesuai lah tak mudah putus. Masa kat Bangkok tak jumpa la orang pakai bikini untuk songkran, maybe sebab respect perayaan tu dan tak sesuai nak berbikini dlm bandar. Pakai la outfit yg selesa & ready-to-get-wet at all time.

ALL TOTAL

FLIGHT : RM414
ACCOMODATION (BKK/PHT): RM210
TRANSPORT (BKK/PHT) : THB 1145
FOOD (BKK/PHT): THB 1550
ENTRANCE : THB 50
SONGKRAN ESSENTIAL : THB 300
TOTAL (RM/THB): RM624 / THB 3045
TOTAL : RM1019


nanogocuti : Untuk currency saya tukar (April 2019) : RM12.97 /THB100



This is basically a rough budget untuk travel ke Bangkok & Phuket during Songkran. Hope this can help your plan for next songkran 2020 (harap still within budget la) Next entry nanti saya share itinerary/tips sepanjang songkran ok 💖 If ada yang tak faham or nak tahu lebih just
 email me.

xoxo,

nano - nano.noordin@gmail.com

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About MeHi, I'm Nana
Graphic Designer cum Traveller
Traveller cum Blogger
#nanogocuti

instagram : @nanogocuti
email :nano.noordin@gmail.com



Follow Us

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  February 2022 (1)
      • Pengalaman Part 2 : Selepas operation dan pantang ...
  • ►  2020 (3)
    • ►  February 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (13)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  February 2019 (2)
    • ►  January 2019 (8)

My views

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates